SETIU – Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim mengekalkan kedudukannya pada pemilihan jawatan tersebut di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Setiu Kali Ke-39 hari ini.
Dalam pertandingan satu lawan satu, pencabarnya yang juga penyandang Naib YDP sesi lepas, Haji Hassan Karim mendapat 127 undi berbanding beliau yang meraih 183 sokongan.
Dr Azman yang ditemui selepas Mesyuarat itu menyifatkan, pertandingan itu hanyalah pertandingan adik-beradik dalam rangka nak berlumba-lumba berbuat kebaikan.
“Selepas selesai pertandingan, marilah bersama kita rapatkan saf bagi menggalas satu tugasan penting melakukan persiapan menghadapi PRU 14,
“Kabinet ini adalah ‘Kabinet Perang Pilihanraya’ bukannya kabinet untuk bersantai dan berbulan madu (kerana) kita sudah berada dalam fasa pecutan terakhir menghampiri garisan akhir,” tegasnya.
Mesyuarat Agong yang diadakan di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntong Luar, Setiu, telah dirasmikan oleh ADUN Melor Kelantan, YB Dr Yusnan Yusuf.
Seramai 420 orang perwakilan hadir pada mesyuarat hari ini Sabtu 18 Mac, turut memilih 16 Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Setiu bagi sesi 2017/2019 daripada 25 orang calon yang bertanding.
YDP sesi lalu, Ustaz Saharizikirnanin Abdul Kadir turut mengekalkan jawatannya, tanpa sebarang cabaran.
Turut menang tanpa bertanding ialah Mohd Nazari Alias bagi jawatan Naib Yang Dipertua, namakala mantan Ustaz Mohd Pauzi Muda yang mengisi jawatan Ketua Urusan Ulama.










