Pakat Berdoa Agar Cikgu Fauzi Segera Sembuh

3156

Semua kenalan, teman-teman dan sahabat seperjuagan serta keluarga aktivis Yayasan Amal Malaysia Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, diseru untuk mendoakan beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Cikgu Fauzi yang ‘rebah’ didalam bas ketika menuju Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) masih ‘koma’ dan dirawat pada Unit Rawatan Rapi (ICU).

“saya dan beberapa kawan baru menziarahi Cikgu Fauzi yang sekarang masih dalam rawatan rapi dan kita mengharap kita pakat berdoa,

“saya juga menyeru semua untuk turut sana mendoakan beliau semoga Allah menyegerakan kesembuhan (dirinya),” ujarnya.

ADUN Paka itu berkata demikian, selepas melawat Cikggu Fauzi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam 19 Februari.

Ustaz Satiful juga merakamkan kesedihan dan simpati dan berharap agar seluruh keluarga Cikgu Fauzi tabah menghadapi ujian Allah itu.

Cikgu Fauzi yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT), jatuh pengsan di dalam bas pada Jumaat malam, 17 Februari.

Beliau mengadu tidak sedap badan, kebas sebelah tangan kanannnya, kabur penglihatan, tidak nampak apa-apa selepas naik bas di Hentian Kijal.

Cikgu Fauzi telah dikejarkan ke hospital dan selepas pemeriksaan, doktor mendapati ada pendarahan dikepalanya.