Oleh : Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong hari ini merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada kepada seluruh peserta khususnya anak-anak muda di DUN Telemong diatas komitmen masa, tenaga dan wang ringgit yang diberikan untuk turut serta dalam H355.
Ketua Pemudanya Mohamad Yusuf bin Abdullah (Gambar bawah, tengah) berkata, beliau begitu kagum dan terharu dengan penyertaan ramai anak muda dari DUN Telemong dalam himpunan ini.


“Saya yakin dan percaya inilah petanda bahawa anak muda Telemong sedang bangkit dan bersedia untuk menginfakkan diri mereka untuk memperjuangkan memartabatkan agama ALLAH,” ujar Yusuf.
Beliau berharap, semangat yang ditunjukkan ini tidak hilang dan luntur setelah himpunan ini berakhir bahkan semakin berkobar-kobar dan dapat diterjemahkan dalam gerak kerja parti khususnya di DUN Telemong.
“Semoga usaha kecil yang kita lakukan ini dapat membantu tertengaknya hukum syariat ALLAH dan dikira sebagai amal soleh dan juga sebagai jawapan kita dihadapan ALLAH kelak.” Tambahnya.





























