Orang ‘Non-muslim’ Usah Takut Dengan RUU355

2226

Oleh KAM

KUALA LUMPUR – Orang non-muslim secara khususnya usah takut dan bimbang dengan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang bakal diperkenalkan ini kerana masih dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Dewan Himpuanan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rang Undang-Undang (HRUU) Akta 355, di Padang Merbok, dekat sini, pada Sabtu 18 Februari

Katanya, isu RUU355 yang bakal diketengahkan itu tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

Ini kerana, kata beliau, hak kebebasan beragama bagi orang bukan Islam itu masih dilindungi dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Isu RUU355 ini sebenarnya tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. (Ini) kerana masih dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan masih dijamin oleh Perlembagaan Malaysia,” tegasnya di hadapan ribuan umat Islam.

Justeru, kata Balasubramaniam hanya orang yang suka melakukan jenayah atau membuat kesalahan yang menentangnya.

“Orang yang tak sokong (RUU Akta 355) itu sama ada mereka itu penjenayah atau mereka yang suka buat salah,” ujarnya.