ADUN Wakaf Mempelam Gesa Kerajaan Negeri Laksana Syariah Sepenuhnya

3228

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut menggesa kerajaan negeri Terengganu agar menguatkuasakan undang-undang syariah sepenuhnya.

Menurut beliau, yang merupakan antara wakil rakyat paling lama dalam DUN Terengganu, Enakmen tersebut telah diluluskan pada tahun 2002 dan telah pun mendapat persetujuan Di Raja bahkan telah diwartakan sebagai undang-undang pada 25 September 2003.

Oleh itu, beliau turut menyeru seluruh umat Islam khususnya warga Terengganu dan Wakaf Mempem, untuk bersama-sama menyertai Himpunan menyokong syaraih (H355) pada 18 Februari depan.

“Kali pertama saya bertanding 24 June 1990 dan menang di N 13……….telah terpikul di bahu saya amanah untuk PAS (dan) saya telah cuba sedaya upaya, sebaiknya segala tuntutan parti dan amanah pengundi (sehingga sekarang lebih) 25 tahun,

“Seruan (melaksanakan syariah) dan rayuan turun (sertai himpunan) ini adalah kerana melihat undang undang syariah yang di perkecilkan peranannya,”tegas beliau.

Beliau berkata, kehadiran pada perhimpunan itu amat penting sebagai tanda menyatakan sokongan dan kebersamaan, semua pihak kepada usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan melaksanakan Undang-Undang berlandaskan Syariat Islam.

“Kita adalah generasi yang dipilih oleh Allah untuk bersama ulamak, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Hadi Awang untuk memikul amanah ini,

“Maka amat rugilah kita sekiranya peluang keemasan ini kita abaikan kerana alpa, bahkan bertambah rugi kita kerana tidak mengambil kesempatan ini sebagaimana yang diperintah oleh Allah dalam al-Quran,”jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru kata beliau, mahu umat Islam bangkit menjadi mujahid dan mujahidah yang mempertahan Islam dari diperkotak katikkan.

“Turunlah (sertai himpunan) hatta ‘patah sayap bertongkat paruh’!,”tambah beliau