H355 Bukan Demonstrasi!

2924

Oleh : DMS

SETIU – Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua golongan masyarakat agar hadir ke perhimpunan Rang Undang-Undang 355 (H355) yang akan di adakan pada 18 Februari depan.

Katanya, PAS mensasarkan seramai 300 ribu orang akan hadir bagi menyatakan sokongan terhadap pindaan akta untuk memperkasakan mahkamah syariah, yang di jangka akan di bahas di Parlimen pada Mac nanti.

“ini adalah himpunan terbesar dalam sejarah Malaysia (tetapi) ini bukan demonstrasi, bukan perarakan, ini himpunan amanm,”jelasnya.

Menurutnya Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idrus sudah mengesahkan akan bersam adalam himpunan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Perasmian Hari Bersama Nelayan Kawasan Setiu di Kampung Tanjung, Batu Rakit pada Khamis malam 2 Februari.

Bercakap soal politik, beliau menegaskan, PAS sesekali tidak akan menjalinkan tahaluf siyasi dengan DA dan sekutunya, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“kita (PAS) dah buat keputusan tidak akan bersama dengan DAP. Kita bukan perkauman, bukan bermusuh dengan pengundi Cina, kita menolak DAP kerana polisinya terhadap Islam,

“(DAP) yang menolak hak orang Islam untuk melaksanakan syariatnya,”katanya.

Walaupun begitu, hubungan parti politik lain termasuk BERSATU, beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak.

“hubungan dengan BERSATU, kita buat keputusan membenarkan program bersama BERSATU……boleh buat program bersama dengan syarat tiada PAN dan DAP,

“alhamdulillah……..BERSATU setuju dengan syarat kita dan telah ada program bersama kita dengannya,”jelasnya.
Turut hadi dalam Mjalis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Yahaya Ali dan Yang DiPertua PAS Setiu Ustaz Saharizukirnain Abd. Kadir.