Saya merujuk kepada kenyataan MB Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang disiarkan di akhbar-akhbar pada 1 Februari 2017, berkaitan dengan isu Taman Ilmu, Tembila (TIT), Besut. Pada kenyataan yang diberikan, beliau cuba memahamkan kepada rakyat bahawa TIT itu sebenarnya tidak gagal, malah sekarang, telahpun ada rundingan diantara kerajaan Negeri dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
PAS Terengganu tidak merasa pelik dengan penafian oleh Dato’ Seri MB kerana sememangnya diketahui beliau akan menafikan segala perkara yang nampak negatif di dalam pentadbirannya. Walaupun terbukti benar wang rakyat Terengganu dileburkan sebagaimana projek-projek kroni di Tasik Kenyir, LPT2, royalti dan banyak lagi, beliau tetap istiqamah akan menafikannya.
Jawapan dan penafian yang dilihat hanya untuk meredakan keadaan disamping berharap rakyat akan melupakannya nanti. Tetapi zaman sudah berubah dan rakyat kini tidak lagi mudah diperdayakan oleh jawapan dan penafian yang tidak realistik sebegini.


PAS Terengganu hanya meminta Dato’ Seri MB membuka peluang soalan berkenaan isu TIT ini secara terbuka tanpa menipu rakyat Terengganu, setelah beberapa lama soalan rasmi berkaitannya tidak dijawab kerana ditolak mentah-mentah oleh DUN Terengganu pada September 2015 dan Mac 2016 tanpa alasan yang konkrit.
PAS yakin, Dato’ Seri MB akan menjawab persoalan ini kerana jika tiada apa-apa yang ditakutkan, masakan tidak mahu menjawab. Jika mereka benar, pastinya tidak ditolak soalan-soalan berhubung dengan isu ini di DUN Terengganu. Biar rakyat Terengganu tahu, betapa Umno ini hanya cuba memperbodohkan mereka sahaja.


1- Mengapakah Projek TIT ini yang dilaksanakan di bawah ECER (kerajaan Pusat), tetapi menggunakan lebih RM300 juta wang rakyat Terengganu?
2- Syarikat POSC TI Sdn Bhd dan Razeedland Plaza Sdn Bhd dari Brunei telah memeterai kerjasama untuk melabur RM4 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan Fasa 2 dan 3 dalam tempoh empat tahun. Kemanakah perginya pelaburan ini, dan apakah yang terjadi sebenarnya kepada kerjasama ini?
3- Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekuttif POSC TI, Dr Abdullah Kamil Fikri menyatakan sebagaimana dalam teganuku.blogspot.my: “Kita dimaklumkan universiti yang beroperasi di TIT adalah dari China, Jepun, Korea, New Zealand, Eropah dan AS yang akan membuka cawangan mereka di sini sekurang-kurangnya sebuah university dijangka mula beroperasi pada September atau Januari tahun depan (2014)”. Sekarang sudah memasuki tahun 2017, kemanakah perginya universiti-universiti yang didakwa akan beroperasi itu?
4- Adakah perlu kerajaan Negeri Terengganu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Seri MB, menggunakan kembali khidmat Dato’ Seri Idris Jusoh bagi mendapatkan semula peserta-peserta ke TIT setelah ternyata beliau gagal dan sekaligus menyebabkan TIT ini terbengkalai sehingga kini?
5- Apakah yang sebenarnya berlaku kepada sebuah blok bangunan di dalam kawasan TIT yang didakwa terpaksa dirobohkan setelah ia dibina?
6- Berapakah pula kos yang bakal dikeluarkan menggunakan wang rakyat Terengganu bagi membaik pulih beberapa prasarana-prasarana di TIT yang rosak?


a) Universiti Malaysia Terengganu
b) Institusi Latihan Kemahiran SAFA
c) Open University Malaysia (UNITEM)
d) Akademi Caddcam Sdn. Bhd
e) Nilam Healthcare Educationvi.Kolej Teras Timur
f) vii Cosmo Mercantile Sdn.Bhd.
8- Dan terakhir, apakah perkataan sesuai yang boleh kita guna selain ‘terbengkalai’ apabila projek yang sepatutnya siap bertahun-tahun yang lalu, tetapi gagal direalisasikan mengikut perancangan asal, malah pelabur turut tidak sudi datang sehinggakan infrastruktur yang dibina menggunakan wang rakyat Terengganu turut rosak?
Projek ini melibatkan dana rakyat Terengganu yang begitu banyak. Akan tetapi apalah sangat nilai RM300 juta itu bagi Umno, sedang berbillion lagi duit rakyat telah dicampak ke dalam Tasik Kenyir, dibuang kepada Monsoon Cup, dileburkan kepada LPT2. Malah hampir-hampir digadaikan telaga minyak milik rakyat Terengganu untuk 1MDB.
Jika persoalan ini gagal dijawab, maka janji Dato’ Seri MB untuk TIT mula beroperasi pada Oktober tahun ini, bolehlah rakyat membakul sampahkannya.
PAS Terengganu mohon mengemukakan soalan kepada Dato’ Seri MB. Terima kasih.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
5 Jamadilawwal 1438 bersamaan 3 Februari 2017
Berita terkait;
Taman Ilmu RM300 Juta, Tergendala, Terbengkalai Dan Terbiar























