Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang…

3120

Oleh : DMS

SETIU – ‘Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, itulah perumpamaan kegelisahan yang dapat di gambarkan oleh beberapa orang yang tinggal berdekatan dengan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.

Keadaan hidup jiran di sekeliling rumah Bazlan ketika dirakam minggu lalu. Air yang masih bertaking walaupun hujan sdah berhenti dan matahari telah bersinar

Dengan hidup berjirankan wakil rakyat penduduk di Kampung Pengkalan Atap, mereka menjangkakan persekitaran kediaman mereka adalah lebih selamat dan selesa.

Mereka boleh menumpang hidup, yang susah akan dibantu dan yang senamg akan membantu, dengan pimpinan Bazlan yang juga Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Pastinya, Bazlan yang dekat dengan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, anak dapat menyelesaikan masalah warga setempat yang beliau wakili.

Namun sebaliknya, kehidupan Bazlan dengan tetangganya umpama ‘pipit dan enggang’, rakyat tinggal dilembah, wakil rakyat Umno itu ‘bersarang’ selesa dengan rumah besar ditempat tinggi.

Bahkan, apabila setiap kali musim hujan, jiran disekeliling Bazlan tidak senang duduk kerana banjir yang melanda, akibat tananh yang tidak menyerap air dan saliran tidak sempurna.

Bahkan mereka mendakwa, keadaan menjadi lebih parah apabila hujan yang turun bertakung di halaman rumah akibat dari ketiadaan longkang dan kesan dari pengubahsuaian rumah Bazlan.

Seorang jiran beliau Mohd Khairul Kamaruddin mengadu, kehidupan penduduk sekitar rumah ADUN itu bertambah parah sejak tengkujuh musim ini.

“air bertakung……….nak masuk rumah kena harung air dulu……..kereta kena letak tepi jalan,

“Dulu ada longkang kecik depan rumah YB, tapi bila dia ubah suai rumah, longkang jadi hilang, ghaib,”kata Khairul dengan kesal.

Menurutnya, lebih memburukkan keadaan kerana air yang bergenang di kawasan rumah mereka, tidak surut-surut.

‘Istana baharu’ Bazlan yang belum pun sepenggal menjadi wakil rakyat…….

“nak surut memakan masa yang cukup lama………walaupun sebelum ini ambil masa masa berminggu untuk kering,

“tapi dengan keadaan sekarang saya yakin lebih lama lagi bertakung,”ujarnya lagi.

Semetara itu, dalam tinjauan yang dibuat kami dapati, rumah Bazlan juga disyakki melanggar undang-undang dan peraturan apabila hampir keseluruhan pagar rumahnya berada pada bahu jalan.

Sehubungan itu Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias ketika di temui menyifatkan Bazlan gagal memenuhi tanggungjawab dalam membela nasib pengundi.

“kita merasa kesal dengan sikap wakil rakyat itu yang gagal membela nasib orang-orang yang mengundinya dan mengangkatnya sebagai pemimpin,

Pagar rumah Bazlan, tidak ada lagi ‘perenggan’ antara rumahnya dengan jalan…..

“masaalah yang dihadapi jirannya pun Cikgu Lan (Bazlan) tidak boleh nak cakna, pengundi harus menilai….. apalagi yang boleh kita harapkan?,”jelasnya.

Katanya, belum pun sepenggal, Bazlan menjadi wakil rakyat, namun rakyat dapat lihat ‘dengan mata dan kepala’ sendiri, hanya rumahnya sahaja yang berubah.

Beliau berharap pihak berkuasa dan bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya, sama seperti rakyat lain dan tidak ‘pilih kasih’ dengan pembinaan rumah Bazlan itu.