Oleh : KAM
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang, Hulu Terengganu membantah cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu membina sebuah hotel di hadapan dengan masjid itu.


Katanya jamaah qariah masjid dan penduduk Bandar Kuala Berang tidak bersetuju dan membantah cadangan kerajaan BN mahu membina hotel dengan 72 unit bilik penginapan serta Blok Bangunan Kedai tiga tingkat mengandungi 30 unit ruang niaga
Menurutnya, bantahan itu berasaskan kepada salahguna kuasa dua institusi yang mempunyai ‘authority’ dan ‘access’ kepada pembinaan tersebut.
“Kita (jawatankuasa bertindak) buat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung cadangan kerajaan Barisan Nasional (BN) membina satu bangunan hotel tujuh tingkat dan bangunan kompleks kedai tiga tingkat (30 unit) dalam kawasan Masjid di Kuala Berang.


“Pertama, cara pembinaan (projek) ini tidak mengikut peraturan. Saya telah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan didapati belum ada sebarang kelulusan pelan daripada MDHT.
“Kedua, saya juga kesal dan membantah tindakan Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu) yang membenarkan kawasan yang diwartakan untuk pembesaran masjid dan kawasan parkir masjid tetapi dibenarkan untuk membina hotel dan kompleks perkedaian,” jelasnya kepada wakil media.
Beliau berkata demikian selepas membuat aduan dan menyerahkan dokumen bantahan kepada Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri di Tingkat 2, Wisma Maidam, Jalan Banggol, Kuala Terengganu, 16 Januari lalu.
Muhyidin yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata hasil pertemuan beliau dengan pihak MDHT mendapati projek itu belum mendapat sebarang kelulusan pelan.


“Kerja-kerja awal telah dimulakan, pagar masjid sebahagiannya telah diroboh, pokok-pokok ‘landscape’ (hiasan taman) masjid telah dimusnahkan dan menutup laluan parker masjid dengan mendirikan pagar-pagar zink. Sedangkan, belum ada kelulusan pelan dari pihak MDHT.
“Berdasarkan pernyataan Warta Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 20 Julai 2006 (No.544) menyebut adalah diistiharkan bahawa tanah-tanah dan kawasan-kawasan yang tertentu yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini bagi maksud yang berikut.
“Pembesaran tapak Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang dan jalan masuk ke masjid melalui Jalan Pusara, Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu.


“Lot-lot tanah yang terlibat iaitu Lot 129 GRN 12809 pada keluasan 0.33091 bersamaan 0.83 ekar dan Lot 130 GRN 5465 pada keluasan 0.15633 bersamaan 0.39 ekar,” ujarnya.
https://youtu.be/f2DkNyuVZiM




























