Kembalikan Padang Ragut Kepada Penduduk Tempatan

4020

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu, melalui agensi yang bertanggungjawab, diminta menilai kembali perlaksanaan projek penternakan kambing Kaprima di Kampung Chabang Kerteh.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik Amri Mamat berkata, projek tersebut hanya menguntungkan ‘orang luar’ sahaja penduduk tempatan.

Sedangkan kata beliau, aktiviti utama ekonomi penduduk dikawasan terbabit adalah adalah pertanian dan penternakan.

Katanya, keputusan kerajaan melaksanakan projek tersebut menyebabkan padang ragut menjadi terlalu kecil dan sempit.

“dianggarkan terdapat 500 ekor lembu di Kampung Chabang ini……. kesannya apabila padang ragut daripada (luasnya) 100 ekar (kini hanya) tinggal 5 ekar,

“lembu-lembu itu kekurangan sumber makanan dan berkeliaran di merata ceruk dalam kampung ini sehingga sesat (masuk ke kawasan) ke LPT 2,”jelas Amri.

Menurut beliau, sudahlah orang kampung kehilangan ‘padang ragut’ umtuk ternakan mereka, ‘Gugusan Kaprima’ yang ada itu sebaliknya, diberikan hak kepada oleh individu luar dari kampung itu

Sehubungan itu, perintis ‘Padang Ragut’ itu, Mohd Omar, 63, (gambar kiri, paling kiri) ketika ditemui berkata, kerajaan negeri semasa pemerintahan PAS telah meluluskan tanah seluas 100 ekar untuk tujuan tersebut.

“semasa pemerintahan PAS (tahun) 1999 hingga 2004, saya dilantik sebagai pengerusi projek padang ragut untuk penternakan lembu dan Kerajaan negeri telah meluluskan 100 ekar sebagai padang ragut,

“selepas PAS kalah pada 2004, berlaku pertukaran pengerusi dan padang ragut seluas 100 ekar itu dijadikan Lembah Kaprima di bawah penyeliaan Jabatan Pertanian,”kata beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Yusof’.

Menurutnya, sejak Umno dan Barisan Nasional merampas tampuk pemerintahan pada tahun itu, padang ragut yang menjadi milik rakyat, lenyap dan menjadi projek yang dipanggil maka hilanglah Gugusan Kaprima dan Lembah Kaprima.

Katanya, Gugusan Kaprima kemudiannya sering bertukar tangan, manakala Lembah Kaprima telah disewakan kepada individu tertentu.

Justeru itu, Pemuda PAS Terengganu menggesa kerajaan nengembalikan kawasan tersebut kepada status asal sebagai ‘Padang Ragut Rakyat’.

Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili yang turut meninjau ke kawasan terbabit turut merasa dengan apa yang berlaku.

“saya minta pihak berkenaan peka dan prihatin dengan masalah penduduk di Kampung Chabang ini,

“saya difahamkan projek di Lembah Kaprima Parm, Kampung Chabang, 24300, Kerteh ini hanya terdapat 15 ekor kambing dalam kawasan tanah seluas 50 ekar di sini……….ia amat merugikan,”ujarnya lagi.