Pemuda PAS Terengganu Bina Rumah Baru Untuk Sauji

2287

Oleh : Zulshawal

MARANG – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan membina sebuah rumah baru untuk Pengarah Jabatan Amal Sauji Abd Rasid yang ditimpa musibah kebakaran pada hari Ahad lepas.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Khas selepas lawatan exco DPPNT ke lokasi kejadian semalam, Isnin 16 Januari.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menjelaskan, pembinaan rumah itu dipersetujui setelah DPPNT mendapat sokongan daripada semua ahli jawatankuasa.

“Ini adalah cara kita berkongsi duka bersama saudara Sauji, tambahan pula Sauji juga salah seorang exco DPPNT dan menjadi tanggungjawab pemuda menjaga kebajikan beliau,”

“Insyaallah pembinaan ini akan dimulakan dengan seberapa segera. Kita telah bersetuju keluasan rumah baru yang bakal dibina berukuran 30 (luas) kali 40 kaki (lebar) dengan anggaran RM60 ribu,”jelas Ustaz Kamaruzzaman.

Pembinaan tersebut akan diketuai oleh Ketua Kebajikan DPPNT Ustaz Ramlah Mahmood yang akan dibantu oleh Ahli Lembaga Jabatan Amal Negeri Terengganu, Nordin Ali.

Penasihat bagi program pembangunan semula runah Sauhi itu ialah Timbalan Ketua DPPNT YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Ustaz Hishamuddin berkata, pembinaan rumah ini perlu disegerakan kerana Sauji dan keluarga menumpang di rumah keluarga mereka.

“Kita akan menyegerakan pembinaan ini, namun beberapa perkara perlu kita perhalusi seperti perkongsian kos antara pelbagai agensi dalaman PAS, kos pembinaan, tenaga kerja dan sumbangan orang ramai,

“Ini perlu untuk menjamin perjalanan jadual pembinaan rumah baru Sauji berjalan mengikut jadual sepertimana kita rancangkan,”ujar nya

Bagi memudahkan perjalanan pembinaan ini, beliau berharap orang ramai yang prihatin akan menyumbang kepada usaha murni tersebut.

Derma atau infaq, kata beliau, boleh disalurkan kepada akaun DANA TAAWUN DPPNT 563064113873 (MAYBANK) atau menghubungi kepada Usaz Nasir Razab di talian 013 922 9463 atau Ustaz Ramlan di talian 019 938 9884.

“Ini perlu untuk kami memmerikan fokus semua bantuan kepada pembinaan ini dan kami dapat membuat audit kos pembinaan tersebut secara tepat,”

Tapak bagi rumah baru Sauji…….Pemuda bersetuju membina sebuah rumah berukuran 30 (luas) kali 40 kaki (lebar) dengan anggaran RM60 ribu

“Saya menyeru kepada semua agar dapat sama-sama membantu dan memberi sumbangan bagi menjayakan pembinaan rumah baru Ketua Jabatan Amal Terengganu ini,”tambah Ustaz Hishamuddin.

Dalam ziarah ke lokasi kebakaran semalam, DPPNT telah menyerahkan sumbangan awal kepada Sauji bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh beliau.

Seluruh Jawatankuasa DPPNT juga telah dibawa ke tapak tanah pembinaan rumah baru yang jaraknya 1 kilometer daripada lokasi rumah yang terbakar.

Turut hadir dalam ziarah tersebut Setiausaha DPPNT, Ustaz Nasir Razab dan Bendahari DPPNT Ustaz Tarmizi Abd Rasid.