Oleh : Khairul Nizam Abdullah
HULU TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu telah mengambil satu inisiatif menganjurkan pogram ‘Dapur Rakyat Kami’ bagi membantu meringankan beban, yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, pogram yang dikelolakan oleh para aktivis KAMI yang turut disertai penduduk kampung, sama-sama bergotong royong memasak makanan bagi menjamu para petugas operasi banjir dan mereka yang terjejas kerana musibah itu.
Menurutnya, usaha tersebut adalah sangat membantu mereka, yang masih trauma dan menghadapi kesukaran apabila bah gelombang ketiga melanda pada Selasa 3 Januari lalu.
“Dalam keadaan rumah yang lintang pukang serta peralatan memasak rosak ditenggelami air, maka pihak KAMI berusaha membantu penduduk kampung dengan mengadakan pogram seperti ini,
“tidak lah nanti mereka (mangsa banjir) rungsing memikirkan bagaimana nak memasak, ”ujarya.
Beliau yang juga Pengerusi NGO Media itu menambah, ‘orang media’ bukan hanya pandai mengambil gambar dan juga menulis berita sahaja, bahkan boleh memasak juga.
Kira-kira 30 orang penduduk Kampung Kepah, Telemong, di sini Hulu Terengganu bagi membantu aktivis KAMI memasak serta mengagihkan makanan kepada penduduk sekitar.
Seorang penduduk yang ditemui, Rohaya Mohd Rashid, 42 menceritakan detik-detik cemas apabila air ‘masuk’ ke dalam rumahnya dengan mengejut.
Kata Rohaya (gambar bawah kiri), beliau yang sedang berehat bersama keluarga terkejut apabila air naik secara tiba-tiba memenuhi rumahnya.
”kami sekeluarga dengan tergesa-gesa keluar menyelamatkan diri, banyak barangan yang tak dapat diselamatkan…….semua habis tenggelam,
“peti sejuk, mesin basuh…….benda tu berat…….macamana nak angkat dalam keadaan mengejut begitu……..air naik hingga separas pinggang dalam rumah,”ujarnya.
Walau bagaimana pun beliau bersyukur, kerana beliau dan sekeluarga selamat dan tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Seorang lagi penduduk, Hamzah Ismail, 58, yang menjadi pembantu tukang masak pada program ‘Dapur KAMI’ berkata, beliau menghadapi sedikit kesukaran mendapat peralatan kerana banyak yang telah hilang dan rosak ditenggelami air bah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada KAMI kerana mengadakan program menyediakan makan tengah hari kepada penduduk kampung terbabit.
“Rumah saya air naik separas pinggang……air naik dengan laju, banyak barang untuk memasak hilang dan punah………(tapi) syukurlah semua ahli keluarga saya selamat,
“dan saya ucap berbanyak-banyak……..ribuan terima kasih kepada pihak media KAMI yang mengadakan pogram memasak bagi meringankan beban kami di sini,
“ya lah (maklum sajalah)……dalam keadaan kebanyakan penduduk sibuk membersihkan rumah masing-masing, bila ada orang mari tolong memasak, senanglah sikit kerja kami,”kata Hamzah (gambar kanan), ceria.









