PAS Kesal Umno-BN Bina Hotel Depan Masjid, Tanpa Kelulusan

2397

HULU TERENGGANU – PAS kesal dengan cadangan UMNO/BN yang bercadang untuk mendirikan sebuah Bangunan Hotel Blok Bangunan Rumah Kedai di hadapan dengan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang, tanpa kelulusan.

Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid, pembinaan bangunan tersebut akan menimbulkan kesulitan ketara kepada ahli jemaah masjid dan masyarakat sekitarnya.

binaan haram K Berang1Diantaranya kata beliau, dua buah bangunan itu akan menyempitkan ruang ‘parkir’ masjid dan menyukarkan para jamaah.

“Ruang parkir yang sempit menyebabkan berkurangan kenderaan yang boleh diparkir pada sesuatu masa.

“Keadaan ini lebih ketara pada setiap kali waktu-waktu puncak pada setiap kali Solat Jumaat, setiap Sabtu untuk masyarakat mengikuti Kursus Haji, Hari-hari Raya dan Kuliah-kuliah Jemputan,”ujarnya

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu itu dalam kenyataannya berkata, pembinaan premis hotel dan ruang niaga itu juga akan Menutup Mercu Tanda Bandar Kuala Berang

Katanya, Masjid Sultan Mahmud telah diterima dan selama ini diakui ramai, sebagai ‘Mercu Tanda’ bagi Bandar Kuala Berang.

binaan haram K Berang3“Pembinaan hotel berketinggian tujuh tingkat dan bangunan kedai berketinggian tiga tingkat yang dicadangkan oleh UMNO/BN ini,

“sudah pasti akan menutup ruang pandang orang ramai terhadap masjid kerana bangunan masjid akan terlindung di belakang bangunan-bangunan ini,”jelasnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan orang ramai yang sudah merasakan ‘rimas’ serta sukar untuk menyempurnakan ibadah dan menyebabkan masjid tersebut akan menjadi ‘kurang makmur’.

“Jalan dan ruang sedia ada telah digunapakai oleh hotel dan bangunan perniagaan. Jemaah dan orang ramai yang datang untuk beribadah di masjid ini terpaksa menggunakan ruang lain,

“yang mungkin lebih sukar malah kemungkinan tidak lagi bersedia singgah memakmurkan masjid ini kerana gangguan yang terpaksa dilalui,”kata beliau.

binaan haram K Berang4Kenyataan media beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu dikeluarkan selepas beliau membuat satu laporan di balai polis Kuala Berang, terhadap pembangunan tersebut pada Selasa 3 Januari.

Turut bersama beliau ialah Ketua Pemuda PAS Kuala Berang, Ahmad Aminuddin bin Mohamed.

Aminuddin yang merupakan ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud berkata, telah melihat beberapa jentera berat telah dihantar ketempat parkir Masjid itu.

“Setelah disiasat, saya dapati bahawa ianya bertujuan bagi mendirikan sebuah bangunan hotel tujuh tingkat dengan kapasiti 72 Bilik Penginapan.

“Bersebelahan hotel tersebut, akan didirikan pula satu blok Bangunan Rumah Kedai tiga tingkat yang mengandungi 30 unit Ruang Niaga.

IMG-20170103-WA0010“Saya diberitahu bahawa projek berkenaan tidak mendapat Kelulusan Pelan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu,”tegas Aminuddin.

Oleh yang demikian, katanya, jika benar, beliau berharap kerja-kerja pembinaan hotel dan bangunan kedai tersebut dihentikan serta-merta dan diroboh, dialih serta dibersihkan semua binaan serta peralatan daripada kawasan dan laluan masjid.

Mengulas lanjut, Haji Muhyiddin menambah bantahan PAS terhadap pembinaan itu, tidak sesekali bertujuan menghalang pembangunan dan kemajuan yang diperlukan oleh rakyat.

hotel diperkarangan masjid“tetapi fakta yang ada menunjukkan UMNO/BN telah memilih lokasi yang salah iaitu membina hotel di atas parkir masjid.

“Kedudukan bangunan hotel terlalu hampir dengan masjid sebagai pusat ibadah orang ramai. Sekaligus menghalang dan menyukarkan orang ramai untuk memakmurkan masjid ini,”tegas beliau.