Sepuluh Batang Sungai Melebihi Tahap Bahaya

2315

KUALA TERENGGANU – Sepuluh batang sungai utama di negeri ini telah mencatatkan paras bacaan melebihi tahap bahaya amat membimbangkan, menurut data laman sesawang kenyataan banjir.

IMG-20170103-WA0024Sungai-sungai tersebut ialah, Sg. Besut di Jambatan Keruak, Sg. Besut di Kg. La, Sg.Besut di Jam.Jerteh, Jambatan Permaisuri, Sg.Chalok di Jambatan Chalok, Sg.Nerus di Kg Langkap, Sg.Telemong di Kuala Ping, Sg.Berang di Kg.Menerong, Sg. Dungun di Kuala Jengai, Sg.Tebak di Jam.Tebak.

Dengan keadaan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku, dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Januari 2017 (esok).

IMG-20170103-WA0183Dengan cuaca yang tidak menentu itu, Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim mengarahkan semua unit di bawah Khidmat tersebut agar bersedia untuk kerahan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir pada skala besar.

“Perkembangan banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Langkap, Hulu Besut, Bukit Besi, Telemong dan Ajil,

“dilihat akan memasuki tahap 3 sekiranya hujan berterusan turun pada malam ini,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MTD Bukit Besi berkata, keadaan banjir di Kg Tepus , Minda dan Talong juga amat membimbangkan.

kg minda“Air Sungai Dungun mulai menghampiri melepasi tebing sungai. Jalan utama masuk ke Kampong Minda sudahpun dinaiki air……..jalan darat terputus,

“Penduduk kampung sedang berusaha pindah dan tiada sebarang bantuan dari luar, ” ujarnya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berkata, bot penyelamat dan tenaga sukarelawan bagi membantu mangsa untuk berpindah dangat diperlukan.

“Perhubungan darat ke Kampung Talong juga terputus dan tiada maklumat keadaan semasa di sana kerana ketiadaan bot untuk ke sana,”jelasnya.

kereta terkandasDi Besut, menurut sukarelawan Wan Anuar Wan Ahmad, warga dari kawasan Hulu Besut tidak lagi boleh ke bandar Jerteh kerana jalan telah dinaiki air.

“banyak kenderaan yang terkandas termasuk kenderaan bantuan pacuan empat roda………sebelah Hulu dan Kuala Besut tidak boleh keluar mari ke bandar (Jerteh),

“Dari bandar (Jerteh) hanya boleh ke Kampung Cerang Meliling (Hulu Besut) dan Kota Putera. Jalan raya setakat ini tidak boleh dilalui,”katanya.