Kewangan Kerajaan Umno-BN ‘Parah’

1717

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kedudukan kewangan kerajaan UMNO dan BN yang ‘parah’, sangat serius sehinggakan rakyat yang sepatutnya mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma, dipaksa menanggung beban tersebut.

Street Dakwah DungunAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun kesal kerana, para rakyat yang ingin mencuci luka di hospital akibat kencing manis atau kemalangan terpaksa membeli ubat sendiri, kerana tiada stok ubat tersebut di hospital.

“Pelik, rawatan hospital cuci luka  tapi bawak ubat sendiri, peruntukan ke mana dibelanjakan,

“(sedangkan) Tabung Darul Iman dalam Bajet 2013 dulu pesakit kronik (ada peruntukan) RM10 juta,”soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan kepada orang ramai pada program ‘Street Dakwah’ anjuran Ameerah Kawasan Dungun, di Taman Permainan Kanak-Kanak Pantai Teluk Lipat Dungun pada Jumaat 30 Disember.

Street Dakwah Dungun1Menurutnya, kemudahan kewangan dari Tabung yang ditubuhkan semasa PAS menjadi kerajaan negeri perlu di hebahkan kepada mesyarakat dan mereka yang memerlukannya boleh membuat permohonan.

“Tabung Darul Iman untuk sakit kronik seperti (sakit) jantung, (perubatan melibatkan) proses pembedahan yang melibatkan belanja besar,

“JKKK kena maklum……kena umum di masjid supaya, masyarakat tahu tempat rujukan, masyarakat kena ambil peluang untuk (mendapat bantuan) rawatan tersebut,”jelas beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.

Turut sama dalam program tahunan Ameerah yang diadakan serentak di seluruh negeri itu ialah, ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.

Sementara itu, Pengarah program Street Dakwah negeri Terengganu, Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata, program tersebut diadakan serentak di suluruh negeri pada hari dan waktu yang sama.

Street Dakwah Dungun3“ia adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu yang berlaku sekarang serta untuk memperkenalkan dan untuk merapatkan PAS dengan warga Dungun,

“program ini adalah dianjurkan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bagi memperkenalkan Ameerah sbg muslimat muda PAS,”katanya.

Selain itu, menurut Baity, ia juga merupakan medan kepada Ameerah sebagai simulasi kempen pilihan raya.