Bersabar Hadapi Musibah Banjir

2923

HULU TERENGGANU – Warga Terengganu yang ditimpa musibah banjir diharap dapat bersabar menerima ujian Allah dan mengambil tindakan yang perlu agar dapat mengelakkan dari perlara yang tidak diingini berlaku.

Pengerusi Khimmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim berharap penduduk berwaspada dalam menghadapi kemungkinan bencana tersebut untuk musim tengkijuh kali ini.

Dr Azman banjir 2017c“Bersabar dengan musibah dan terus berwaspada dimusim tengkujuh ini……melihat keadaan cuaca yang masih tidak menentu,

“penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya gelombang banjir yang seterusnya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni mangsa banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri Telemong, Hulu Terengganu pada Ahad, 1 Januari.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu Hj Muhyiddin Abd Rashid dan Ketua KhidmatMalaysia Hulu Terengganu  Mat Safari Abu.

Menurutnya, hujan lebat yang berlaku di negeri pantai timur semenanjung khususnya Terengganu bermula tiga hari lepas menyebabkan beberapa kawasan di bahagian Hulu Terengganu, Hulu Dungun, Hulu Besut, Marang dan Setiu dinaiki air.

Katanya, Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir Sungai Telemong seperti Kampung Nibong, Kampung Kepah, Kampung Matang, Kampung Paloh Nyior, Kuala Ping dan beberapa kampung lain.

Dr Azman banjir 2017aSehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ketua Kebajikan PAS Terengganu berkata, Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Hulu Terengganu telah diaktifkan sejak pagi Sabtu 31 Disember 2016 untuk menyelaraskan operasi pemindahan serta membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Keadaan cuaca yang semakin cerah dan air yang semakin surut pada hari ini, katanya, membolehkan ramai mangsa banjir mula pulang ke rumah masing-masing.

“Walaupun begitu, bebeberapa aspek perlu terus diambil perhatian untuk mengelakkan penyakit bawaan air. Kebersihan makanan dan minuman perlu dititik beratkan dan pastikan minum air yang telah dimasak.”

“Selain bersabar dengan kerosakan harta benda, masalah kesihatan juga jangan dipandang ringan,”jelasnya.

IMG-20170101-WA0026Kata beliau, banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

Justeru itu, beliau berharap agar penduduk terbabit tidak memandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

“Walaupun cuaca semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.”

“Juga jangan lalai dari menjaga keselamatan anak-anak. Walaupun mereka perlu diberikan ruang untuk menikmati zaman kanak-kanak, tetapi ada ketikanya air banjir tak mengenal simpati serta tak mengenal mangsa. Berhati-hatilah…,”pesan Dr Azman lagi.