Banjir Semakin ‘Buruk’

3331

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,742 mangsa berbanding 2,031 pada pukul 6 semalam.

Menurut laman sesawang bilik gerakan banjir negeri Terengganu, mereka dipindahkan ke 54 pusat pemindahan di semua daerah kecuali Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

banjir hulu 2017Lima buah di Besut, enam di Setiu, Sembilan di Marang, tiga di Dungun, empat di Kemaman dan 24 buah di dibuka di Hulu Terengganu.

Sebanyak 1, 153 keluarga telah dipindahkan dengan Hulu Terengganu mencatatkan paling ramai mangsa banjir iaituseramai 2, 184 orang.

Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, beliau sedang menuju untuk membuat lawatan ke kawasan terjejas dengan bencana iti di Hulu Terengganu.

“saya sedang menuju ke Hulu Terengganu untuk melihat perkembangan di sana dengan lebih dekat…….kita akan menilai dan membuat pemerhatian,

“apakah bentuk keperluan mangsa-mangsa banjir itu dan bagaimana pengendalian pusat-pusat pemindahan tersebut,”ujarnya ketika dihubungi pagi ini.

SMK Kijal2Banjir yang bermula malam Jumaat mencatatkan kejadian terburuk di daerah Hulu Terengganu.

Sebanyak 33 buah sekolah yang melibatkan 1,000 pelajar tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2017, yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, daerah paling teruk terjejas ialah Hulu Terengganu apabila 22 sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan dan tiga sekolah menengah dilanda banjir.

“Enam sekolah di Hulu Terengganu yang dilanda banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teris, SK Tapah, SK Tengkawang, SK Kuala Ping, SK Kua dan SMK Bukit Diman,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Sebanyak 16 sekolah lain di Hulu Terengganu pula tidak dapat beroperasi esok kerana laluan ke sekolah ditenggelami air iaitu SK Padang Setebu, SK Sungai Berua, SK Sungai Buloh, SK Kuala Jenderis, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Nibong, SK Betong, SK Pereh, SK Felda Tersat, SK Menerong, SK Cheting, SK Padang Setar, SMK Menering dan SMK Kuala Jenderis.

SMK KijalDi Marang, SK Sentol Patah turut dilanda banjir manakala empat sekolah lagi tidak boleh beroperasi esok kerana dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir iaitu SK Kubu, SK Pengkalan Berangan, SK Bukit Gasing dan SMK Merchang, katanya.

“Di daerah Kuala Terengganu pula, tiga sekolah terpaksa ditutup kerana dinaiki air iaitu SK Kampung Bukit di Chendering, SK Undang dan SK Padang Midin.

“Di daerah Setiu, dua sekolah ditutup esok iaitu SMK Langkap yang dijadikan pusat pemindahan banjir dan SK Merbau Menyusut kerana dinaiki air manakala sebuah sekolah di Dungun yang dinaiki air ialah SK Seri Paka,” katanya.