Delegasi Misi Kemanusiaan Yemen Care telah berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini, bagi menyampaikan bantuan kepada umat Islam di Yaman


Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya telah memberikan sumbanga bagi tujuan tersebut.
“Alhamdulillah pada petang ini kami dari Dewan Pemuda PAS baru sahaja memberikan sedikit sumbangan melalui tabung antarabangsa kepada satu NGO yang diberikan nama dengan ‘Yemen Care’,
“yang mana fokusnya ialah kepada tabung (usaha) kemanusiaan untuk disalurkan kepada umat Islam, saudara-saudara kita di bumi Yaman yang kita tahu sekarang ini berada dalam keadaan yang terdesak,”ujarnya.


Menurutnya, Umat Islam di negara itu sedang menghadapi ujian apabila berlaku peperangan yang berterusan.
“ramai yang kehilangan tempat tinggal dan bermacam-macam lagi krisis kemanusiaan yang berlaku disana.
“Dan kita melihat bahawa sekarang ini banyak isu-isu yang melanda di dunia Islam yang hampir dengan kita ialah Rohingya. Krisis di Syria yang berterusan. Di Iraq, Libya dan lain-lain lagi. Dan Yaman adalah sebahagian daripadanya,”jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Antarabangsa DPPM berkata, pihaknya melihat krisis kemanusiaan yang berlaku di Yaman mungkin kurang sedikit perhatian dibandingkan dengan tempat-tempat lain.


Sehubungan itu, Pengerusi Yemen Care Saifullah Hasbu mengucapkan terima kasih tas sumbangan dan keprihatinan DPPM.
“bagi pihak Yemen Care, saya mengucapkan terimas kasih kepasa semua unat Islam di Malaysia, termasuk DPPM yang telahmenyokong usaha kami,
“in sha Allah delegasi Misi Kali Kedua Yemen Care Ke ‘Bumi Hikmah’ sudah berlepas 5.50 petang tadi (hari ini) dianggotai oleh Abd Rahman Che Mat, Abdul Muin Zaulkifli dan Mohd Masirulddin Othman,”katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, seorang lagi anhli rombongan Syed Husain Solahuddin, akan menyusul esok, setelah menghadapi sedikit masalah ‘teknikal’ di lapangan terbang pada hari ini.




























