Terengganu, Malaysia

Wakil Rakyat PAS Bantu Sedaya Upaya

dr Alias

KUALA NERUS – Wakil-wakil rakyat PAS sedaya upaya membantu dan sekali-kali tidak akan mengecewakan warga yang diwakili, yang datang memohon bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak sedar ramai dikalangan rakyat Terengganu yang menghadapi masa sukar, terutamanya pada waktu ini, apabila sesi sekolah baru akan dibuka.

“Kita sedaya upaya tak nak kecewakan mereka yang minta tolong……..kita yakin orang yang datang jumpa kita tu, memang susah sungguh,

Dr Alias“dia orang pun ada harga diri juga (dan) tapi yang mari tu memang susah. Tak ada yang tak boleh. Kita cuba bantu mereka. Susah kita, susah mereka lagi. Makan pun susah. Apatah lagi (untuk membeli) pakaian sekolah,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Jumaat, 16 Disember selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan di Sabasun HyperRuncit, Gong Badak dekat sini.

Pemberian zakat kepada pelajar untuk asnaf miskin tu disumbangkan oleh Maybank Islamic dan dikendalikan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT).

Banyak RM100,000 diagihkan kepada 700 orang pelajar, dimana setiap orang bantuan pakaian sekolah berjumlah RM90.

Oleh itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengucapkan terima kasih atas sifat prihatin organisasi terbabit.

SAM_5881
Pengarah Program Cikgu Fauzi menerangkan tentang sumbangan tersebut kepada seorang ibu yang anaknya mendapat bantuan

“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal, ucap terima kasih atas keperihatinan Maybank dan Yayasan Amal yang telah sudi membantu rakyat dalam kesesakan, kesusahan. Memang jelas, memang ramai minta bantuan kita (dan) mereka tak cukup bajet meneruska kehidupan,

“kerana ramai yang hilang pekerjaan pun ada, pendapatan semakin berkurang, harga barang makin naik, pendapatan berkurang. Ada setengahnya, tak ada pekerjaan (sebagai) buruh binaan……..ini antara benda yang saya rasa sedih,”ujarnya.

Justeru, kata beliau, sedikit sumbangan daripada pelbagai pihak yang ‘pakat membantu’ dapat meringankan beban.

Menurutnya, ramai lagi rakyat Terengganu yang hidup susah, terutama golongan anak yatim dan keluarga yang ramai anak masih bersekolah.

“(satu) keluarga tiga, empat orang sekolah memang beban sungguh……..yuran sekolah (lagi), kalau dapat meringankan beban seorang dua dah okay (baik),

SAM_5875
Ibu bapa memilih pakaian sekolah anak-anak mereka

“jimat dah…..walaupun tak banyak. Dapat meringankan beban dah……..seluar, baju, tudung, kasut. In sha Allah ini (akan) lebih membantu.,”jelasnya.

Beliau memberi jaminan, wakil-wakil rakyat PAS akan mencari peruntukan lain bagi menampung kesusahan rakyat, walaupun terpaksa mencari sumber kewangan lain.

“Walaupun kita dah bagi, (tapi) ada lagi yang mari, kita cari peruntukan lain…….kita tambah lagi. Kita sedaya upaya tak nak kecewakan mereka,”tambah beliau.

https://youtu.be/IfMGP6Q057s

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan