Terengganu, Malaysia

BPMS; Tajdid Siasah ‘Kontemporari’ PAS

Hashim Jasin makan malam

MARANG – Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) merupakan satu tajdid siasah PAS, untuk ‘persembahan’ kepada Allah, rasulNya dan orang-orang mukmin.

Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin berkata, kepimpnan PAS sentiasa mengajak masyarakat melalui saluran yang tepat, untuk beribadah kepada Allah.

makan malam LATAS“PAS telah melontarkan kepada masyarakat terutama ahli-ahli kita Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS),

“bagi saya ia satu tajdid, pembaharuan dalam hubungan (dan) aktiviti politik kita……..pemimpin yang pertama mengamalkan BPMS ialah Nabi Muhammad SAW, ” ujarnya.

Menurutnya, walaupun Nabi SAW pulang dari berdakwah dengan hampa dari kota Taif, namun baginda tidak membenarkan malaikat Jibril membalas perbuatan warga kota itu,

bahkan kata beliau, Muhammad SAW mengamalkan politik matang dan sejahtera, mengharapkan anak cucu penduduk Taif akan memeluk Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal anjuran Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) di Dewan Tok Guru, Rusila semalam Jumaat 9 Disember.

Hashim Jasin makan malam1“Nabi SAW telah melakukan lebih lama……politik matang ini dan akhirnya pada tahun 8 Hijrah, ketika pembukaan kota Mekah,

“puak-puak yang menentangnya masuk Islam dan bersama-sama mendokong Islam, bukan setakat mengamalkan ibadah, bahkan sanggup berperang menghadapi musuh Islam ketika itu,”tambah beliau.

Menurutnya, Perjanjian Hudaibiyah adalah satu ‘duluan politik’ (political precedent) yang paling ketara, amalan politik matang yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Oleh itu, kata beliau, asas utama politik PAS bukan hanya kepintaran berhujah, tetapi bertawakkal dan bergantung kepada Allah, kerana Allah telah mengaturkan segala-galanya.

makan malam LATAS1“kita buatlah itu……..yakin! Bergantung dengan Allah, yakin dengan Allah, Allah beri pertolongan, kalau Allah pernah tolong Nabi Muhammad dan orang Islam dulu,

“kalau kita buat perkara yang sama hari ini, Allah yang sama, tuhan itu juga yang akan memberi pertolongan kepada kita, ” tegasnya.

Turut hadir di majlis berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Haji Yahya Ali, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Ismail Osman dan Pengerusi LATAS Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

https://youtu.be/dbKxU-05KzQ

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan