Ekoran Pendedahan PAS, ‘Taman Biawak’ Telah Dibersihkan

1845

KUALA NERUS – Teguran dan kritikan PAS terhadap projek-projek pembangunan kerajaan Terengganu telah menyelamat jutaan wang rakyat dari dibazirkan begitu sahaja.

Yang terbaharu adalah pendedahan tentang keadaan Taman Rekreasi Seberang Takir, yang terbiar dan kotor serta tidak terurus.

Selepas lawatan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Dr Alias Razak ke Taman awam yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘Taman Biawak’, ia telah diambil tindakan dan dibersihkan oleh pihak berkenaan.

taman biawak sebelum dibersihkan
Taman Biawak’……..sebelum dibersihkan

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan usaha PAS itu dapat menyelamatkan taman tersebut dari menjadi projek ‘Gajah Putih’

“Alhamdulillah……sebenarya itulah, benda (taman itu) itu dah lama dibuat, projek itu projek yang mengeluarkan belanja yang agak besar juga tapi akhirnya terbiar jadi projek ‘Gajah Putih’ yang tidak ada manfaatnya kepada orang tempatan dan pelancong luar,

“jadi dengan pendedahan yang kita buat ada perkembangan baru…..dibersihkan dan mungkin akan dimajukan tempat itu,”ujarnya.

Tegasnya, itulah peranan yang dimainkan oleh PAS yang bukan hanya untuk mengkritik dan mencari kelemahan sahaja.

Namun menurutnya, ia adalah untuk rakyat dan menjadi tanggungjawab PAS memperbetulkan sesuatu kelemahan pemerintah.

taman biawak selepas dibersihkan
‘Taman Biawak’ ……selepas dibershkan, ekoran pendedahan PAS

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Khatan Berama-ramai peringkat Dewan Undangan Negeri Seberang Takir pada Selasa 29 November.

Mengulas program yang telah dianjurkan PAS sejak 25 tahun lalu itu, beliau mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan program itu dan merungankan tanggungjawab agama ibu bapa anak-anak terbabit.

“Alhamdulillah hari ni sebagaimana tradisi biasa bagi kita PAS di Seberang Takir mengadakan Program Khatam Beramai-ramai untuk anak anak kita di kawasan kita ini,

“sebenarnya program ini telah kita adakan sebenarnya (sejak) 25 tahun dahulu (dan) tiap-tiap tahun sejak 1990 dahulu……. bagi tujuan memberi kemudahan kepada anak-anak kita di sini,”katanya.

Beliau berkata, walaupun pada tahun ini terdapat saingan dari pihak kerajaan yang juga menganjurkan program yang sama, namun program PAS mesih mendapat sambutan.

“setiap tahun dapat sambutan yang baik, cuma tahun ni sambutan agak sedikit…….mungkin sebab ada saingan-saingan kalau kita lihat pihak kerajaan sendiri mulai tahun ini, dia buat secara menyeluruh bagi semua DUN dalam Terengganu yang mereka buat secara percuma,

“kita terpaksa mengenakan bayaran yang minima bagi menampung kos pengurusan (dan) dengan melaksanakan program seperti hari ini, sudah tentu memberi satu kemudahan kepada ibu bapa untuk mereka dapat menyempurnakan bagi anak-anak mereka yang telah sampai masa dalam peringkat-peringkat (umur tertentu) tertentu,”jelasnya.

Berita berkaitan;

PAS Kesal Taman Rekreasi Jadi ‘Taman Biawak’