RUU 355; PAS Tidak Gopoh

1650

MARANG – Usul berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah yang ditangguhkan hingga ke sidang Parlimen akan datang bukti PAS tidak gopoh.

Sekaligus, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya penangguhan RUU Akta 355 itu adalah kerana permainan Umno setelah berbincang dengan PAS.

“Itu tak betul, tak betul…bukan melengah-lengahkan. Itu (tangguh) untuk memberi peluang kepada penambah-baikkan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul.

“Sebab, saya tidak bertindak dengan cara yang gopoh-gopoh. Kita (PAS) beri peluang, masa baik.

Abdul Hadi Amaran1“Sebenarnya, mereka hendak tutup di situ dengan undi di Parlimen. Itu tidak boleh, sebab undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia (Rafizi) hendak ‘bakar’ ke keamanan?

“Mereka ini hanya berfikir untuk kepentingan politik dan tak fikir untuk kepentingan agama. Kepentingan politik lebih tinggi dari segala-galanya,” jelasnya kepada wakil media selepas Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Beliau memberi reaksi itu bagi menjawab persoalan kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa RUU Akta 355 itu telah ada perbincangan tangguh dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk ditangguhkan pembentangan serta kelulusannya.

Dato’ Seri Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah itu ditangguhkan untuk pindaannya.

Pindaan itu membabitkan Seksyen 2 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan ‘penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali’ dengan perkataan ‘ penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah.

Ketika menjawab persoalan wakil media, apakah PAS turut mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Zahid Hamidi mengenai RUU Akta 355, beliau menjelaskan bertemu dengan semua pihak dalam perundingan itu.

Abdul Hadi Amaran Rohingya“Jumpa dengan semua (orang) termasuklah dengan Perdana Menteri (Dato’ Seri Najib), pihak Jabatan Peguam Negara. Semua ada perundingan disemua peringkat antara kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan Pusat(Persekutuan) ada perundingan dan perbincangan dibuat. Dalam aspek (RUU Akta 355) ini sahaja,” tegasnya.

Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian tersebut bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi menegaskan RUU Akta 355 itu hanya untuk penganut beragama Islam dan mengikut Fasa III Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

“Tiba-tiba orang Islam tak bebas untuk amalkan agama dia. Ini masalah yang masih terbelenggu yang ada di Perlembagaan.

“Yang kita (PAS) minta pinda dan pindaan itu dibuat dengan persetujuan bersama PAS, Umno dan NGO-NGO Islam. Ini termasuk mekanisma undang-undang Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman.

“Dengan kerjasama ini (RUU Akta 355) berjaya dikemukakan. Tetapi, malangnya mendapat tentangan daripada DAP, MCA, Gerakan dan mereka sebenarnya tidak mewakili seluruh masyarakat bukan Islam,” jelasnya.

Beliau turut menasihat pemimpin politik bukan Islam di negara ini yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU Akta 355 agar tidak melampaui batas-batasnya.

https://youtu.be/6nR-HOnh-vg