Sidang DUN : PAS Tidak Akan Bertahaluf Dengan Umno

1561

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu hari ini melalui Pesuruhjayanya, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat menegaskan bagi kesekian kalinya bahawa tidak akan ada tahaluf dengan Umno yang disifatkan sebagai tidak diasaskan atas dasar yang sama.

Sambil beliau memberikan contoh ketidakadilan Umno dalam pembahagian peruntukan kepada DUN-DUN sebanyak RM30 juta yang hanya diperuntukan kepada 17 Dun yang dimenangi Umno sahaja, sekaligus menafikan hak DUN-DUN yang diwakili pembangkang.

satiful1Beliau membuat penegasan tersebut ketika bangun membahaskan ucapan pembentangan Bajet 2017 Negeri Terengganu.
Namun sebagai parti yang berteraskan Islam, semua perkara ta’awun (kerjasama) yang membawa kebaikan kepada Islam dan rakyat, PAS tidak menolak untuk memberikan sumbangan, tetapi bukan tahaluf (bergabung).

Jelas beliau lagi, PAS sudah merasakan pengalaman bertahaluf dengan Umno dan jika kembali bersama Umno ianya ibarat seperti terjun ke lubang biawak untuk kali kedua.

“Kita membuka tangan seluas-luasnya dalam membuat apa-apa kerjasama yang boleh mendatangkan kepentingan, manafaat kepada rakyat dan khususnya kepada agama Islam itu sendiri,

“Allah taala sendiri telah menggariskan “wata’awanul ala birri wattaqwa, wala ta’awanu ala ismi wal u’dwan” dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan jangan bertolong-tolongan perkara dosa dan pencerobohan,” terang beliau,

Beliau menekankan tentang perbezaan ta’awun dengan tahaluf kerana banyak pihak tidak memahami maksud sebenar dan sentiasa digunakan oleh pihak-pihak yang berniat jahat membabitkan PAS dan Umno.

satiful2“Sebab itu yang saya sebut ni, orang panggil kerjasama, bab ta’awun boleh, bab tahaluf, mungkin tidak berlaku.
Sebab nabi pun ajar, orang Islam ni, orang mukmin, tak jatuh dalam lubang biawak dua kali,” tegas beliau.

Beliau juga menerangkan salah faham berkenaan tindakan berkecuali ketika mengundi di DUN itu adalah sikap yang mahu menyatakan bahawa ada hal bagi kepentingan rakyat, PAS menyokong dan ada perkara yang PAS tidak bersetuju dalam bajet.

“Sebab itu dalam dewan ini, apabila dibuat undian dalam bajet, kita berkecuali, sebab dalam bajet ini ada benda baik, kita sokong, dalam bajet ini ada benda yang kita tak setuju, kita tak sokong, tak makna kita tak sokong, tak makna kita menentang,” jelas beliau.

Sambil beliau mengambil contoh Umno ketika menjadi pembangkang di DUN Terengganu dahulu, Umno juga berkecuali ketika undian pembentangan bajet oleh kerajaan Terengganu.

https://youtu.be/nwQXlmXnWro