‘Satu Khidmat, Satu Bulan, Satu DUN’

1062

Oleh : Azizah Mahmood

MARANG – Mencari dan merancang strategi adalah satu kerja yang payah namun Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) mengambil pendekatan berbeza dengan slogan ‘satu khidmat, satu bulan, satu DUN’.

Pengerusinya Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, dengan pendekatan tersebut, lajnah itu berjaya menyelaraskan kerja-kerja amal untuk turun kepada sasaran

khidmat muslimat3“kita merasa bertanggungjawab untuk turun kepada masyarakat dan golongan marhaein, demi merealisasikan kerja-kerja amal kita dalam mengatur strategi menarik hati pengundi menjelang PRU,

“Alhamdulillah permintaan kepada khidmat skuad begitu memberansangkan dan kita akan terus turun kepada masyarakat dalam menyalurkan sumbangan bantuan dalam bentuk kewangan dan tenaga,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan bantuan awal persekolahan kepada penduduk kawasan Marang dan Hulu Terengganu di Pasti Al Jannah Jerung di DUN Pengkalan Berangan dekat sini pada Sabtu, 19 November.

Menurutnya, agihan tersebut adalah sempena Karnival Dakwah yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB. Ustaz Mohd Noor Hamzah sehari sebelumnya.

khidmat muslimat2Katanya, seramai 53 orang petugas Skuad Khidmat dari kedua-dua kawasan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dan tuan rumah Marang bersama-sama menggembleng tenaga di tiga buah kampung iaitu di Kg Jerung, Kg. Batu Kerikil dan Jerung Seberang dengan melaksanakan gotong royong membersih rumah warga emas dan surau.

Seorang penduduk di kampung Jerung yang terlibat dalam program gotong royong berkata,” kalau boleh kerja sebegini di buat berterusan tanpa melihat pada fikrah politiknya, turun bersih rumah dan menyampaikan sumbangan ,”

“ini besar maknanya buat orang kampung seperti kami” tambah Puan Maughana Abdullah, yang mesra di panggil moklong( 54 tahun).