Oleh : Che Ana
CAMERON HIGHLAND – Muslimat perlu berusaha mencari jalan dan peluang ekonomi walaupun dari kecil-kecilan untuk pembangunan ummah.
Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) Ustazah Hasmah Binti Salleh berkata, “Lajnah Ekonomi perlu ada kekuatan mencari dana jamaah dan jika ada peluang-peluang di sini untuk bawa balik ke Kuala Nerus.”


Beliau berkata demikian, semasa Lawatan Mahabbah Lajnah Ekonomi DMPKKN bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands (DMPKCH) beserta Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Lipis(DMPKKL) di Dewan Seminar Sekolah Addiniah Tanah Rata Cameron Highlands semalam Sabtu petang, 12 November.
Katanya, “selain dari itu kunjungan ini juga bertujuan untuk memantapkan ikatan ukhuwwah sesama ahli dan pimpinan di dalam satu perjuangan agama Allah”
“di samping itu juga kita menggali ilmu dan pengalaman dari sahabat- sahabat seperjuangan di pengkalan masing-masing di dalam meninggikan agama Allah untuk dijadikan panduan bagi meningkatkan semangat daya juang di kalangan jamaah,”ujar beliau lagi yang berpengalaman lebih 22 tahun di dalam Lajnah Ekonomi.


Sehubungan itu, Ketua Muslimat Cameron Highland Ustazah Dalmah Ismail mengucapkan terima kasih kerana lawatan tersebut dan bercadang untuk membuat lawatan balas ke Terengganu.
“syukur kita dapat menjalin ukhuwwah dan kami berharap ianya berterusan…. kami juga telah bermesyuarat ,
“bercadang untuk membawa rombongan pergi mendengar kuliyah Tuan Guru Presiden di Rusila, sambil tu mencari peluang- peluang bagi menjana ekonomi muslimat di sini, In shaa Allah,”katanya




























