Ahli Parlimen Kuala Nerus Turut Merasai Penderitaan Rakyat

1977

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Penderitaan hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia, khususnya insiden kemiskinan dan kurang berkemampuan, turut dirasai oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus , Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali.

Setiap waktu terluang, beliau turun menjenguk dan menziarahi rakyat, walaupun sibuk menghadiri sidang parlimen yang sedang berlangsung.

takiri ziarah1Kehadiran beliau bersama isterinya juga turut dihargai penduduk yang dilawati.

Puan Fatimah Yatim , seorang ibu tunggal yang tinggal bersama empat orang anaknya, terharu atas lawatan Dr. Khairuddin.

“saya sungguh terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kunjungan Dr. Ustaz yang begitu prihatin dengan nasib golongan ibu tunggal seperti kami,

“mungkin sumbangan barang keperluan dapur dan sedikit wang belanja……..cukup besar dan amat bermakna bagi kami,“ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jiring selepas dikunjungi Dr. Khairuddin pada Jumaat 11 November.

Puan Fatimah tidak ada pendapatan tetap, hanya bekerja sambilan dengan mengambil upah menjaga dua orang anak saudaranya .

Selain tu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS itu turut menziarahi keluarga Abdul Wahab atau dikenali dengan panggilan ‘Pok Wahab’ yang ditimpa musibah kebakaran rumahnya.

takiri ziarah2Pok Wahab, 71, yang tinggal di Kampung Gong Sentul, tidak menyangka akan dikunjungi oleh Dr. Khairuddin.
“saya tidak menyangka dan sungguh terharu dengan kunjungan dan keperihatinan beliau,”kata Pak Wahab.

Selain ditimpa kesusahan bencana tersebut, Pak Wahab juga menderita sakit Gout dan pernah di serang ‘Angin Ahmar’ (Stroke), menyebabkan beliau tidak dapat bergerak dan hanya terbaring.

Beliau yang juga merupakan bekas seorang imam di surau kecil kampong itu, bagaimana pun bersyukur kerana danugerahkan Allah seorang yang setia.

“syukurlah isteri saya yang setia melayani saya dalam keadaan saya yang tidak mampu menguruskan diri sendiri,”kata Pak Wahab sambil memandang isterinya, yang berada di sebelahnya.