Rakyat Kashmir Teruskan ‘Mogok’ Protes Pemerintah India

1689

Kepimpinan pro-kemerdekaan Kashmir telah memutuskan untuk melanjutkan mogok empat bulan menentang pemerintahan India selepas mesyuarat yang panjang dengan aktivis masyarakat sivil dan ahli perniagaan pada Selasa.

yasin-malik1Pengerusi Front Pembebasan Jammu Kashmir Yasin Malik (Gambar kiri) berkata, ia akan diteruskan kerana rakyat mahukan begitu.

“Semua orang dalam mesyuarat itu berkata kepimpinan perlu meneruskan perjuangan ini, Ini adalah sebuah gerakan rakyat dan selagi orang mahu meneruskannya, ia akan diteruskan,”tegasnya.

Hadir dalam mesyuarat itu ialah Syed Ali Shah Geelani dan Mirwaiz Umar Farooq, kedua-duanya mewakili badan penggerak kemerdekaan ‘Persidangan Hurriyat’.

Turut sama ialah para peniaga, guru, Pemimpin Syarikat Pengangkutan, kakitangan kerajaan, pemimpin agama dan politik serta peguam dan lain-lain masyarakat sivil lain.

mogok kashmirPergolakan berterusan menentang pemerintahan India adalah salah tindakan mogok paling lama sebagai protes di kawasan yang dipertikaikan, yang menyaksikan tunjuk perasaan yang sama pada masa lalu.
Menurut sumber-sumber dalam jabatan polis, pemerintah yang disokong India di rantau itu membenarkan mesyuarat itu berlangsung dengan harapan bahawa ia akan menamatkan protes.

Sebaliknya rakyat terus bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan India.

Menurut statistik dengan Jabatan Kesihatan, sekurang-kurangnya 90 orang awam terbunuh dan lebih 10,000 cedera, semasa tindakan keras India menghalang bantahan rakyat Jammu dan Kashmir.

burhan-muzaffar-waniPergolakan semasa bermula pada 8 Julai, apabila puluhan ribu orang keluar untuk ‘berkabung’ berikutan pembunuhan komander Hizbul Mujahideen Burhan Muzaffar Wani, yang baru berusia 21 tahun itu.

Sejak itu, Kashmir telah ‘ditutup’ untuk protes selama 121 hari dan pemerintah India telah bertindak balas dengan menguatkuasakan perintah berkurung yang ketat, sekatan ke atas komunikasi dan penutupan beberapa agensi media.

Menurut maklumat dari polis lagi, lebih 7,000 orang awam, termasuk aktivis hak asasi manusia, telah ditahan kerana menyertai demonstrasi pro-kemerdekaan.
Kashmir, sebuah kawasan Himalaya mempunyai majoriti penduduk Islam, ‘dipegang’ sebagaiannya oleh India dan Pakistan.

kashmir-map-2Kedua-dua bahagian itu dituntut oleh rakyat untuk merdeka sepenuhnya atau bersatu dengan Pakistan.
Kedua-dua negara telah bertembung dalam tiga perang menuntut wilayah tersebut permula pada – pada tahun 1948, 1965 dan 1971.

Kashmir telah dibahagikan oleh penjajah British yang meninggalkannya pada tahun 1947.

Kebangkitan penduduk tempatan Kashmir meledak sejak tahun 1989, apabila perjuangan bersenjata bermula dengan penubuhan Hizbul Mejahideen.

Lebih daripada 70,000 orang telah dilaporkan terkorban dalam konflik itu setakat ini, sebahagian besar daripada mereka dibunuh oleh pasukan tentera India.

India mengekalkan lebih daripada setengah juta tentera di rantau itu bagi meneruskan ‘cengkaman’ dan menafikan hak rakyat Kashmir.