Kuala Terengganu ‘Car Boot Sale’, Kenapa Mesti Hadir

2611

Buat julung kalinya Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT) akan menganjurkan karnival berkonsepkan jualan dari boot kereta atau dikenali Kuala Terengganu Car Boot Sale (KTC). Program ini akan diadakan pada hari Selasa, 25 Oktober 2016 bertempat di Dataran KoKhidmat (perkarangan Mydin) Kuala Ibai.

car boot sale1Car Boot Sale yang sudah popular di negara luar adalah menjadi platform para usahawan mengetengahkan produk jualan dengan konsep yang ringkas tetapi menarik. DPPKT menawarkan peluang kepada para usahawan ini dalam karnival KTC yang bakal diadakan. Alhamdulillah, kami menerima puluhan penyertaan daripada anak muda dari kalangan peniaga makanan, aksesori, buku dan sebagainya.

KTC bakal dimeriahkan dengan forum santai pada sebelah malamnya dengan penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus, Saiful Apek dan Nuar Al Khattab. Di samping tetamu khas Ketua Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman.

Selain itu, beberapa kaunter perkhidmatan turut dibuka antaranya Perkhidmatan Pembayaran Bil (TNB, SATU, Astro, TM dan sebagainya) dan Kaunter Semakan Daftar Pemilih serta pameran daripada agensi pemuda.

Saya mewakili pihak penganjur menjemput seluruh warga masyarakat untuk hadir beramai-ramai memeriahkan karnival yang akan bermula dari jam 5.00 petang hingga 11.45 malam.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

Mohd Azrin Mohd Aris
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT)