Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam yang cintakan dan kasihkan Malaysia diseru untuk menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibentangkan di Parlimen.
Ianya adalah perkara sangat baik yang menjamin kesejahteraan Negara Malaysia.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli menyatakan bahawa perlu kepada bukan Islam menyokong pindaan ini kerana ia tidak melibatkan hukuman kepada orang-orang yang bukan Islam. Ia tidak melibatkan kepada yang bukan Islam samada Cina, India dan sebagai nya.
Beliau telah menyatakan bahawa rang undang-undang ini wajib di sokong oleh Ahli Parlimen Islam, , bagaimana kita memahami wajibnya kita solat lima waktu begitu juga kita berpuasa pada bulan Ramadhan.
Jadi untuk Ahli Parlimen Melayu Islam, Ahli Parlimen tidak Islam tidak mengira bangsa, menjadi tanggungjawab untuk hadir ke Parlimen untu menyokong Akta 355.
Muslimat PAS Terengganu mengajak dan menyeru kepada semua yang hadir, khususnya kepada Ahli Parlimen yang Islam, yang ada di Negeri Terengganu seramai lapan orang menyokong pindaan Akta 355.
Pindaan akta 355 bukanlah satu pindaan yang baru pertama kali, tetapi telah dibuat 1984 dengan mengenakan hukuman sebanyak 6 bulan penjara dan juga denda sebanyak RM1000.
Begitu rendahnya dan bagaimana hinanya hukuman akta yang ada sekarang ini, sebab itu kita menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang .
Insyaallah sekiranya diluluskan ianya memartabatkan dan mengukuhkan bidangkuasa mahkamah syariah dan juga ianya tidak bertentangan dengan undang- undang Perlembagaan Persekutuan .
Pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Marang tersebut telah membentangkan usul RUU tersebut yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
Begitu juga bagaimana, kita melihat Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria juga menyatakan bahawa wajib bagi Ahli Parlimen Islam menyokong dan beliau menyatakn bahaw Pindaan RUU 355 ini, bukan sahaja mesti di buat di Peringkat Negeri Kelantan sekiranyan ianya diluluskan tetapi mestilah dibuat di seluruh Malayasia di setiap negeri-negeri.
Dan akhirnya, ucapan daripada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abd Hamid Mohd, PAS realistic dalam melaksanakan dan dalam memperjuangkan Islam, dan dia mengharapkan semua yang ada pada hari ini, sama2 kita mengesa Ahli Parlimen yang berada di kawasan masing-masing terutama di kawasan Kuala Terengganu untuk hadir ke Sidang Dewan Rakyat dan memberi sokongan kepada Pindaan Akta355 yang akan di bentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.
Ini merupakan hak kami sebagai orang Melayu Islam dan kepada semua yang ada pada hari ini, marilah sama- sama kita menyokong dan mendoakan moga- moga Pindaan Akta355 ini akan dapat diluluskan pada sidang dewan rakyat nanti .
***Ucapan Pemangku Keua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zarani Othman pada Flashmob Sokongan RUU 355 anjuran Dewan Muslimat PAS






























