Terengganu, Malaysia

Utamakan Kesihatan Orang Ramai, Bina Hospital Yang Telah Dijanjikan

Janji hospital unisza1

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia diberi ingatan tentang pembinaan beberapa buah hospital dinegeri Terengganu perlu diberi keutamaan.

Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, terdapat empat buah hospital yang telah dijanjikan tetapi masih belum siap dibina.

hospital“Perlu dinyatakan di sini bahawa, perancangan membina Hospital Marang, telah pun bertahun-tahun dijanjikan, tetapi masih belum ditanam walau sebatang cerucuk pun.

“Hospital Dungun juga terpaksa melalui tempoh yang sangat panjang, bertukar Perdana Menteri sekalipun, masih belum disiapkan sepenuhnya sehingga kini.

“Begitu juga dengan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang sehingga kini, masih belum kelihatan papan tanda pembinaannya,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang juga Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang membina beberapa buah lagi hospital veterinar.

“Tidak dinafikan, kita sebagai khalifah di bumi ini, perlu menjaga haiwan-haiwan yang juga adalah makhluk Allah bagi keseimbangan dan kitaran kehidupan kita semua,

shabery klinik haiwan1“Namun harus diingat, kewajipan kita ke atas sesama manusia adalah jauh lebih utama,”jelasnya.

Bahkan menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu, Daerah Kemaman juga sangat memerlukan sebuah hospital yang baru kerana hospital sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan kesihatan penduduk.

“Lebih menyayatkan hati, hospital-hospital sedia ada (termasuk HospitalKemaman), masih belum dapat menampung sepenuhnya jumlah pesakit yang ada.

“Di sesetengah wad, pesakit terpaksa berasak-asak kerana katil terpaksa ditambah bagi menampung kebanjiran pesakit. Pernah juga dilaporkan pesakit terpaksa tidur di atas tilam di lantai kerana katil di wad, penuh,”tegasnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hospital%20kemaman.jpgJusteru itu, beliau berkata, PAS amat berharap agar keutamaan diberikan kepada manusia terlebih dahulu berbanding haiwan.

“Sungguh besar tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kesihatan rakyatnya dipelihara. Apatah lagi jika sudah terlalu lama dijanjikan, tetapi masih belum tertunai.

“Segerakan pembinaan hospital-hospital keperluan manusia yang telah lama dijanjikan,”katanya dan menambah, biarlah pihak swasta membina lebih banyak kemudahan untuk haiwan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan