Dipakaikan Dengan Pakaian Ketakutan dan Kelaparan Kerana Tidak Melaksanana Hukum Allah

2057

Pemimpin memerintah dengan zalim, rakyat taat kepada mereka yang zalim, tak taat kepada Allah Ta’ala meninggalkan syariat Allah. Allah timpakan bencana ke atas mereka (kerana) Allah sentiasa memerhati apa yang kamu buat, Allah boleh menghukum bila-bila masa.

Ada pun umat akhir zaman ini Allah Taala bagi tempoh yang panjang supaya mereka berfikir. Firman Allah yang bermaksud, “dan kami curahkan hujan yang lebat ke atas mereka dan kami jadikan sungai sungai yang mengalir di bawah mereka kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri”

Allah Taala sebut kaum nabi Nuh AS dan begitu juga kaum yang lain. Allah Taala letakkan mereka di bumi, Allah suburkan bumi itu dengan hujan hujan yang turun dipeliharanya air dalam tanah.

kuliah 071016cDialirkan sungai sungai untuk mereka memakmurkan bumi, tiba tiba mereka membuat dosa dan Allah membinasakan bumi . Firman Allah yang bermaksud, “jikalau sekiranya penduduk negeri negeri beriman dan bertaqwa kerana penduduk negeri itu beriman percaya kepada Allah, percaya kepada hukum Allah percaya kepada syariat Dia, percaya kepada agama Dia, dan bertaqwa mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan dengan rasa gerun dan takut kepada Allah pasti Kami (Allah) akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami maka kami seksakan mereka disebabkan perbuatan mereka”.

Tiba tiba mereka lupa kepada Allah Taala (dan) mendustakan ayat-ayat Allah, Allah timpakan bala kepada mereka. Sambungan ayat ini “adakah penduduk negeri itu berasa aman mereka buat maksiat mereka tidur nyeyak waktu malam lalu mari bencana waktu malam, waktu dhuha, waktu pagi mari bala bencana mereka dibinasakan oleh Allah Taala bila bila masa sahaja ketika leka”.

Ini sambungan daripada ayat ini boleh rujuk dalam al-Quran.

Adapun hadis nabi SAW diantaranya adalah yang diriwayatkan oleh Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “akan berlaku di kalangan umat akhir ini peristiwa tenggelam bumi, penghapusan dan gempa”

Nabi kata akan berlaku di akhir zaman kalangan umat manusia ini peristiwa ditelan bumi, merekah bumi masuk dalam bumi (dan) berlakunya penghapusan, dihapus begitu sahaja. Sama ada dihapus dengan banjir, rebut taufan apa sahaja ataupun gempa bumi membinasakan.

Lalu aku bertanya (kepada Nabi), adakah kami (juga) binasa kerana di kalangan kami ada kalangan orang orang yang soleh? (Jawab Nabi) “ya, apabila zahirnya kejahatan” orang yang mencegah kemungkaran kalah, suaranya tidak ada.

kuliah 071016aDengan sebab itu kita tengok benda yang mungkar, kena cegah. Walaupun kita kalah jangan berhenti.

(Kata Nabi) “sama ada kamu menyuruh orang lain mencegah kemungkaran, ataupun Allah menjadikan orang jahat menguasai kamu lalu orang yang baik senyap Allah Taala binasakan kamu”.

Disini hikmat jangan peduli kalah ke menang ke, orang dengar ke tak dengar ke mesti bercakap. Sekurang-kurangnya menangguhkan bala bencana. Apabila masing masing senyap tak mahu ambil tahu, tungguu…(ia akan) dimusnahkan, segala yang berlaku bahkan sedang berlaku sekarang ini, adalah satu amaran dari Allah kepada hamba hambanya agar mereka kembali kepada Allah dengan membaiki keadaan dengan melaksanakan hukum Alah taala.

Kerana jelas dan nyataka segala penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam kalangan manusia pada hari ini kerana mereka menjauhkan diri daripada syariat Allah dengan mengamalkan sistem rekaan manusia.

Rasa bijak, pandai sangat al-Quran tak boleh pakai hadis tak boleh pakai buat sendiri. Ada puala baca Quran baca hadis tengok mana molek, kalau tengok Quran dan hadis, mesti molek. Ini, buat dulu baru pisah. Nak takwil al-Quran dan Hadis ikut dia bukan dia ikut Quran dan hadis. Ini berlaku pada hari ini.

Maka benarlah kepada mereka Firman Allah yang bermaksud “Dan Allah telah membuat sesuatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram rezekinya melimpah ruah datang dari segenap tempat tetapi penduduknya mengingkari nikmat nikmat Allah kerana itu Allah merasakan kepada mereka kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka selalu buat”

kuliah 071016cAllah Taala sebut kalau zaman dulu negeri yang aman dalam keadaan hidup senang tiba tiba mereka lupa nikmat Allah Taala tinggal agama Allah bila dah dapat nikmat, Allah cabut nikmat itu.

Allah pakaikan dengan bagi pakaian ketakutan, dan pakaian kelaparan, samada berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau dan seumpamanya. Ataupun makanan banyak duit tak ada, orang yang ada bakhil kedekut (jadi) lapar juga.

Ketakutan, kerana banyak jenayah, nak tidur pun tak boleh kerana curi sana curi sini…..bunuh sana dan bunuh sini, kerana meninggalkan syariah Allah, merata-rata banyak jenayah dan kemungkaran.

Atau pun yang teruk lagi, berlakunya peperangan, renag san adan perang sini dan tak boleh elakkan diri. Macam pakaian mengelilingi tubuh kita…….pakaian ketakutan dan kelaparan. Ini bencana yang berlaku……….Ini tanda-tanda akhir zaman! – [Sedutan Kuliah Presiden PAS Hari Ini]

https://youtu.be/OF5tSTUpAQ4