Sertai cabaran Fortissimus Montis Challenge 2017

1983

Peminat sukan berbasikal lasak dari seluruh Malaysia dijemput untuk menyertai Fortissimus Montis Challenge 2017 yang akan diadakan pada 28hb Jan 2017.

Kejohanan ini yang akan berlangsung di Kerteh pada 28hb Jan 2017, dianjurkan oleh DACS Event Management dengan kerjasama Cyclestream.

Ini merupakan penganjuran kali kedua yang dianjurkan selepas Kerteh Fun Ride 2016 pada bulan Julai yang lalu.

fortissmusisDi harap kejohanan kali ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan dikalangan peminat sukan berbasikal lasak ini kerana ianya bukan sahaja akan melahirkan lebih ramai bakat-bakat dikalangan masyarakat tempatan, malah mewujudkan persaingan yang sihat serta semangat setiakawan dikalangan Rider’s.

Kejohanan ini akan menampilkan tujuh ( 7 ) kategori iaitu Elit Pro, Junior, Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open serta Fatbike Open.

Yuran sebanyak RM60.00 dikenakan bagi kesemua kategori yang dipertandingkan dan peserta juga akan mendapat T-shirt microfibre serta finisher medal disamping Lucky Draw.

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai lumayan keseluruhan bernilai RM8,250 bagi ketujuh-tujuh kategori yang dipertandingkan nanti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi talian yang tertera di poster event serta di Facebook FORTISSIMUS MONTIS CHALLENGE 2017!!!

Tarikh tutup pendaftaran untuk penyertaan adalah 10hb Dec 2016 ( Tiada terdapat didalam poster ) dan pendaftaran di URL: https://goo.gl/forms/Ugrh2H2Id7gGRUpm2