PAS Yakin Tingkat Peluang Kerja Sekiranya Diberi Mandat Memerintah

1403

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu yakin dapat meningkatkan peluang pelerjaan kepadarakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah selepas pilihan raya umum kali ke-14 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Dr. Alias Razak berkata, negeri ini mempunyai hasil sumber alam yang begitu banyak, tetapi tidak ditadbir urus dengan baik oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BNN yang memegang tampuk kuasa sekarang.

Screenshot (2)“kita ada minyak dan gas, ada sumber galian………ada bijih besi, ada silika. Ada pantai yang cantik dan lain-lain lagi,
“kita yakin akan datang mengujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu pada masa hadapan (sekiranya rakyat memlih PAS),”jelasnya.

Menurutnya, ramai para belia dan tenaga profesional anak negeri Terengganu terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur kerana kerajaan semasa gagal memberikan pekerjaan yang sesuai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian ketika memberi taklimat dan bertukar pandangan kepada Setiausaha Kedua (Politik) Suruhanjaya Tinggi Kanada, Eleanor Belshaw-Hauff.

Puan Eleanor membuat kunjungan hormat ke pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam, Isnin 26 September, untuk mendalami situasi siasah semasa di negeri ini.

lawatan EleanorTurut sama dalam pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 2, Hji Yahaya Ali.

Ketika memberi maklum balas tentang ekonomi dan politik Kanada, Eleanor berkata, pentadbiran Kanada banyak memberikan kuasa dan kebebasan kepada kerajaan-kerajaan wilayah di negara itu.

“Di Kanada……..banyak kebebasan diberikan kepada wilayah (province) dalam mengurustadbir politik dan ekonomi,

“kerajaan pusat menumpukan soal-soal hubungan antarabangsa dan keselamatan,”ujarnya.

Sebaliknya, Dr. Alias menambah, ia berbeza dengan kerajaan di Malaysia yang memusatkan pentadbiran di pusat, sehingga hampir keseluruhan, dan hanya sedikit sahaja yang diberikan kuasa kepada kerajaan negeri.