Umno Buang Sejarah Ulamak Berjuang Menuntut Kemerdekaan

1294

SETIU – PAS kesal kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah melupakan para ulamak dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor berkata, yang hanya disebut adalah Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

“Mereka (Onn Jaafar dan Tunku) memang berjasa, tetapi para ulamak seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan lain-lain juga ada saham dalam perjuagan (menuntut kemerdekaan),”ujarnya.

IMG_20160924_223816Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Jabi, dekat sini malam ini Sabtu, 24 September.

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak terutamanya ahli dan penyokong Umno bahawa PAS ditubuhkan kerana tidak puas dan kecewa.

Sedangkan sejarah telah mencatatkan, menurut beliau, permulaan mesyuarat penubuhan Persatuan Islam SeMalaysia, yang menjadi asas penubuhan PAS, dibaca dengan ayat perjuanngan Islam.

“Dibacakan ayat yang bermaksud, ‘hendaklah ada dikalangan kamu, suatu umat yang menyeru kebaikan, dan mencegah kemungkaran’,

“Dasar perjuangan PAS sehingga kini,”jelasnya.

Turut berucap pada Majlis itu ialah Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pengarah MTD Jabi Dr Azman Ibrahim