Dewan Ulamak PAS Terengganu Ziarah Pondok

2423

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (DUPNT) melalui Lajnah Pendidikannya hari ini telah mengadakan Program Ziarah Mahabbah ke beberapa pondok-pondok dan sekolah persendirian di sekitar Kuala Nerus.

Antara pondok-pondok yang diziarahi ialah Pondok Inabah di Kampung Sungai Ikan, Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Tok Jiring serta Pondok Madani di Bukit Wan.

Ketua Lajnah Pendidikan DUPNT, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Yang juga Adun Bukit Payung berkata, tujuan program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pengendali-pengendali sekolah pondok bagi membentuk satu persatuan sekolah-sekolah pondok.

Disamping itu juga, penyatuan ini juga akan memudahkan sekolah-sekolah pondok bertukar-tukar pendapat tentang masalah-masalah semasa serta hal-hal berkaitan sukatan pelajaran

“Tujuan kita adalah bagi mengeratkan ukhuwah serta jalinan antara semua sekolah-sekolah pondok di Terengganu.

Kita juga akan boleh bertukar-tukar fikiran berkenaan masalah-masalah serta sukatan pelajaran yang terbaik untuk kita guna,” jelas beliau mengenai tujuan program ini.

Mengenai masalah sekolah-sekolah pondok, beliau berkata kebanyakkan sekolah pondok mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kekurangan dana serta tenaga pengajar.

Masalah juga berlaku kepada pelajar-pelajar kerana majoriti mereka Yang dihantar adalah yang agak kurang kekuatan dari segi pelajaran dan akhlak.

lawat pondok bukit wan1Manakala dari segi dana pula, ianya hanya bergantung kekuatan kepada yuran pelajar dan juga derma, zakat atau wakaf daripada orang ramai.

Namun begitu, ia tidak sama sekali mematahkan semangat pengendali-pengendali sekolah pondok atau juga dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu bagi memberikan yang terbaik sebagai khidmat mereka kepada masyarakat.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu memaklumkan bahawa, DUPNT sedang merangka satu himpunan besar-besaran khas bagi seluruh sekolah-sekolah pondok di Terengganu.

Himpunan itu bakal dijadikan sebagai tapak kepada permulaan bagi memperkasakan SAR-SAR agar dapat bergerak dengan lebih tersusun dan kemas lagi.

DUPNT akan menjemput beberapa tokoh ulamak terkenal dari sekitar nusantara dan juga dari sebelah negara arab bagi memberikan semangat kepada SAR-SAR yang berkaitan.

Lawatan ini adalah yang ketiga selepas Kemaman dan Hulu Terengganu.