HIMPIT 2016; 5000 Pemuda Bakal Berkampung di Kemasik

1800

Oleh : Wan Zawawi Wan Hassan

KEMAMAN – Acara Tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) bakal menyaksikan lebih 5,000 orang Pemuda dari seluruh negeri berkampung di Pekan Kemasik bermula Jumaat 30 September depan.

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ramlan Mahmood berkata, program yang diadakan bersekali dengan Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.4) dianggap sebagai satu himpunan akhir sebelum pilihan raya umum (PRU) yang dijamgka diadakan pada Mac atau April tahun hadapan.

“Peserta HIMPIT 2016 kali ini bakal mengumpulkan sekitar 5000 orang anak muda dari seluruh negeri Terengganu yang juga merupakan himpunan besar-besaran menjelang PRU-14,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit2011a.jpg“Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz pada petangnya di pentas utama HIMPIT,”ujarnya selaku Timbalan Pengarah 1 HIMPIT 2016.

Beliau yang ditemu berkata, pelbagai acara dan aktiviti berkonsepkan kepemudaan selama dua hari, sehingga 1 Oktober.

Antaranya, kata beliau adalah, Kejohanan ‘Cubcross Challenge’ yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1000.

“serta yang lebih menarik lagi ialah acara-acara sukan rakyat seperti ‘bowling nyior’, kaki hantu, bola beracun, timbang bola dan lain-lain,

“dan sedikit berbeza dengan Himpit yang diadakan sebelum ini ialah sambutan ketibaan konvoi kontinjen dari seluruh kawasan dengan perarakan kereta berhias,

“membawa simbolik replika bertemakan kawasan masing-masing serta diiringi konvoi bermotor dari masjid Jamek Kemasik ke tapak HIMPIT,”jelasnya.

Ramlan1Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kemaman berkata, akan mengerahkan 1,000 orang pemuda di peringkat kawasan tersebut.

“In sha Allah, selaku tuan rumah……Kemaman akan mengerahkan tenaga pemuda seramai 250 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN),

“dan (semuanya) 1,000 orang pemuda seluruh Kemaman bakal ‘diturunkan’,”tegasnya.

Justeru beliau menyeru, semua anak muda mengambil kesempatan untuk bersama memeriahkan HIMPIT 2016 dan HARAP 3.4 serta mennyerlahkan sokongan kepada Presiden PAS menjelang RUU 355 yang akan dibentangkan di parlimen.

“marilah kita beramai-ramai menghadirkan diri, menzahirkan sokongan kita serta menyerlahkan kecinyaan kita kepada Islam dan syariat Islam,

“menjelang PRU-14 dan UUU 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS di parlimen pada Oktober ini,”katanya tegas.