KUALA TERENGGANU – Walaupun segala persiapan telah dilakukan, bahkan delegasi Misi Korban dan Aqiqah Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT) telah melanjutkan perjalanan dari Sudan ke Turki, namun Allah adalah sebaik-baik ‘Perancang’.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah, mereka ‘transit’ di Istanbul selama selama empat hari bagi mengisi slot kedua misi kemanusiaan kali ini.


“Begitu juga dengan kempen Dana pendidikan pelarian Syria, telah digerakkan bagi mengisi objektif kedatangan kami pada kali ini.
“tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang memakbulkan……..”katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, atas faktor keselamatan, hasrat untuk pergi lebih jauh ke sempadan Turki – Syria terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Peristiwa cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu memberi kesan kepada suasana politik di Turki. Jika kedatangan para pengunjung ke Istanbul atau Antakya semata-mata sebagai melancung, ia tidak menjadi keresahan.


“Kita khuatir dengan pemergian kita ke sana dikaitkan dengan gerakan itu. Akhirnya boleh menimbulkan masalah semua delegasi yang terlibat,”jelasnya.
Justeru, beliau menegaskan, YAMCT mengambil keputusan untuk menangguhkan misi bantuan kepada pelarian di sempadan Turki.
“Apabila masa yang sesuai nanti, sejumlah wang yang diamanahkan oleh para dermawan Malaysia akan disempurnakan. Doakan tugasan ini dilaksanakan sebaik mungkin.
“Kelak kita tidak akan kempunan untuk meneruskan hasrat membantu pelarian Syria itu,”tambahnya




























