Ambil Teladan Dari Perjuangan Al-Marhum

1203

Oleh : Faizal al-Maidaney dan Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Ambillah pengajaran dari mereka yang telah meninggal dunia, yang mengakhiri hayatnya dengan menyebarkan ilmu ,menyebarkan Islam dan memberi sumbangan kepada Islam.

FB_IMG_1474163160927Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap dan berdoa sumbangan al-Marhum menjadi ilmu yang memberi manfaat.

“sedekah jariah (nya menjadi) sumbangan harta yang (terus) berlangsung kebajikannya, anak-anak yang saleh yang berdoa kepadanya termasuk kita semua murid-murid dan pengikutya.

“Bagi pihak PAS dan saya juga bagi pihak keluarga meminta apa-apa yang ada kesilapan dan kesalahan al-Marhum, maafkanlah kerana manusia tidak sunyi dari melakukan kesalahan,”ujarnyan.

Beliau berkata demikian seusai solat jenazah ghaib al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam Sabtu 17 September.

solat jenazah ghaib shah alam3Beliau turut mengajak hampir 5,000 orang jamaah yang hadir berdoa agar roh al-Marhum diterima oleh Allah menjadi orang-orang yang saleh dan Allah menggabungkan al-Marhum bersama dengan kalangan mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT.

Turut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Ahmad Yaakob merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan, Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan mantan Timbalan Perdana Menteri Y.Bhg Tan Sri Mahyudin Yasin serta lain-lain pemimpin dan tokoh-tokoh masyarakat.

Solat jenazah ghaib turut diadakan diseluruh negara telah menyaksikan kehadiran jamaah ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.

solat jenazah ghaib batu 6Di Negeri Terengganu solat jenazah ghaib turut diadakan di Masjid Rusila, Surau Losong Haji Mamat, Masjid Al-Furqan Chendering, Masjid At-Taqwa Batu Enam, Masjid Lama Durian Burung, Masjid Jamek Pengadang Baru, Kompleks Darul Iman (KODIM) Besut dan Masjid Lama Kg Sura, Dungun.

Di Dungun, sekurang-kurangnya 500 jamaah hadir jam 9.05 pagi menyempurnakan solat jenazah ghaib al-Marhum, diimamkan oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Sebagaimana ucapan Presiden PAS, beliau memohon para jamaah sekalian agar mengambil teladan dari perjuangan al-Marhum.

solat jenazah ghaib dungun“Himpunan yang memohon kesejahteraan dan rahmat ALLAH kepada Almarhum dan jemaah yang hadir dengan memohon supaya Allah menyatukan hati-hati untuk mengambil tauladan dari perjuangan Almarhum,” ujar beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun.

Katanya, perjuangan Islam bersama jemaah mesti diteruskan sehingga akhir hayat dalam apa jua keadaan pun.

“perjuangan semasa sihat atau sakit, miskin atau kaya, senang atau susah………bina perjuangan dengan matlamat mencari redha Allah dan memilih pemimpin yang baik,
“teruskan sumbangan dan iltizam dengan jamaah,”katanya.

solat jenazah ghaib rusilaDi Masjid Rusila, Marang, dianggarkan seramai 400 orang telah menyertai solat jenazah ghaib yang diadakan selepas maghrib dan di Masjid At-Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus pula, 150 orang telah melaksanakannya di sebelah pagi hari Sabtu.

Al-Marhum yang juga Mursyidul Am PAS telah kembali kepangkuan penciptanya di Hospital Stanford University, San Francisco Amarika Syarikat, kira-kira 10.10 minit pagi waktu Malaysia, Jumaat 16 September.

Jenazah al-Marhum disemadikan di tanah perkuburan Islam ‘Five Pillars Farm Livermore’, dan solat jenazah sebelum pada itu disempurnakan di Masjid ‘Muslim Community Association’ selepas solat Jumaat.