Oleh : NM
DUNGUN – Hampir kesemua atap bangunan PASTI Nur Hidayah Felda Jerangau rosak di terbangkan angin dalam kejadian ribut yang melanda selama 25 minit pada jam 4.25 petang tadi.
Menurut Pengerusi PASTI Roslan Jusoh, premis penyembelihan enam ekor lembu untuk ibadah korban pada hari raya Eidul Ftri esok, terjejas teruk.
Walaupun sembelihan korban di buat di luar bangunan,kata beliau, banyak persiapan seperti tempat berkumpul dan pengagihan daging korban akan dibuat di bangunan Pasti.
Namun begitu, program korban tetap diadakan selepas solat sunat pada pagi esok.
“InsyaAllah, kita harapkan majlis berjalan walaupun keadaan pasti macamni. Kita dah buat keputusan tidak akan berpindah tempat walaupun terjejas.
“Ini tahun kedua kita buat di sini, dan angin luar biasa berlaku semasa kita buat persiapan korban untuk esok. Enam ekor akan di korbankan walaupun memang menjejaskan persiapan kita”. Katanya.
Beberapa pihak telah tampil membantu sejurus berita tersebar. Pihak pengurusan akan memastikan persiapan kelas berjalan lancar selepas cuti aidiladha ini.
Kepada penyumbang yang ingin membantu meringankan bebanan pihak pengurusan untuk menukar semua atap dan syiling boleh terus berbuat demikian ke akaun Bank Islam Pasti Nur Hidayah Felda Jerangau 13044010033543.










