Konvoi Kemanusiaan Ke Kemboja Terkandas Enam Jam

1512

KUALA TERENGGANU – Konvoi Kemanusiaan ke Kemboja terkandas enam jam di bandar Hatyai, sebelum meneruskan perjalanan ke Surat Thani, Thailand.

konvoikemboja3.jpgAwal pagi Jumaat, enam buah kenderaan pacuan empat roda memulakan permusafiran ke bumi Kemboja membawa amanah ibadah korban dan barangan keperluan bagi misi kemanusiaan.

Menurut peserta rombongan Zul Salleh, perjalanan sejauh 2, 013 kilometer itu memerlukan tenaga yang banyak dan kesungguhan yang tinggi.

“Sesungguhnya perjalanan kami memerlukan tenaga yang banyak dan kesungguhan yang tinggi yang meliputi jarak perjalanan ribuan kilometer untuk sampai ke destinasi, disamping doa para sahabat sekalian yang akan sentiasa mengiringi perjalanan kami,”

“bersama sahabat “4 x 4” Terengganu bertemankan Rosdi Che Lah, Othman Sidek dan Abdullah Manaf Group Gesek,”tulis beliau dalam laman sosialnya.

konvoikemboja2Pada kira-kira jam 8 pagi konvoi tiba di ‘Buketa checkpoint’ bagi menyelesaikan dokumen untuk meneruskan perjalanan ke Selatan Thai.
“Jam 8 tiba di Buketa Checkpoint di Selatan Thai…..(kemudian) mula berkonvoi ke imigresen Sungai Golok sekitar jam 10 pagi memandangkan insuran perjalanan kami tidak boleh di selesaikan di Checkpoint Bukit Bunga,”jelasnya.

Kemudian, setelah merentasi Wilayah Natahiwat, Pattani dan Songkhla, kira-kira pada jam 6 petang, sebuah kenderaaan yang disewa khas di sempadan Thailand telah mengalami masalah enjin.

“Alhamdulillah, sudah dibaiki……dan sekarang kami meneruskan perjalanan ke Surat Thai,”kata Zul, melalui pesanan ringkas yang dihantar pada jam  12.24 pagi, Sabtu 10 September.