LPT2; Jangan Tunggu Orang Besar ‘Accident’ Baru Nak Mengaku

1317

Hari ini saya bersyukur kepada Allah kerana Pengurus Besar Syarikat Konsesi LPT2 mengaku ada kecacatan pada LPT2 dan bersedia untuk mengatasinya.

Antara yang disebut ialah ada 10 lokasi jalan yang bermasalah yang menjadi tumpuan untuk dibaiki. Juga disebut masalah pagar bolos yang boleh menyebabkan haiwan berkeliaran atas lebuhraya.

Kenyataan Encik Husni Md Yusuf selaku Pengurus Besar Syarikat Konsesi LPT2 itu ekoran kemalangan yang menimpa Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di KM 395.4 LPT2 dekat Ajil, semalam. Rujuk; LPT2 Sdn Bhd improves safety to avoid accidents on LPT 2

Saya ingin tegaskan nyawa siapa sahaja termasuklah Menteri Besar Terengganu sama sahaja apabila berada atas LPT2, terdedah kepada bahaya kemalangan.

Berbaloikah rakyat Terengganu dan orang luar dari Terengganu yang membayar tol untuk menggunakan LPT2 dalam keadaan berisiko tinggi untuk terlibat dengan kemalangan maut?

Saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab oleh pihak kerajaan.

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
7 September 2016
5 Zulhijjah 1437

Berita Berkait ; Dua Puluh Lapan Lokasi LPT2 Jalan Beralun