Pejuang Kashmir yang paling dikehendakki di India, Ketua Hizbul Mujahideen Syed Salahuddin berikrar untuk menyekat apa-apa ketetapan politik secara aman kepada konflik Kashmir.
Katamya, beliau akan melatih lebih ramai pengebom berani mati Kashmir, yang akan menjadi “tanah perkuburan untuk tentera India”.
Menolak sebarang rundingan dengan India, yang dianggapnya sebagai sia-sia, Salahuddin, 69, menegaskan bahawa tidak ada penyelesaian kepada Kashmir kecuali dengan perjuangan berdarah.
“Kepimpinan Kashmir, rakyat dan mujahidin harus tahu tidak ada cara formal, aman.
“Tidak ada mana-mana pilihan kecuali melancarkan perjuangan bersenjata,” katanya kepada Times Of India dalam temu bual eksklusif di pejabatnya di kawasan Baila Noor Shah Muzaffarabad..
Kenyataannya itu dibuat sehari menjelang kunjungan delegasi parti-parti politik utama diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh J & K sebagai sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan.
Salahuddin, yang mengetuai Majlis Jihad Bersatu, satu pakatan kumpulan pejuang anti-India di Kashmir berkata, pergerakan itu telah memasuki fasa kritikal selepas pembunuhan komander Hizbul Burhan Wani ini.
“Selama hampir dua bulan, sejak pembunuhan Burhan Wani, perintah berkurung tidak dikuatkuasakan di rantau ini. Seluruh kawasan telah berubah menjadi kem tahanan,”katanya yang menegaskan, pengorbanan mereka tidak akan sia-sia.


Perundingan, katanya, tidak boleh diadakan tanpa penerimaan dan pengiktirafan India Kashmir sebagai pertikaian.
“Jika anda tidak menerimanya sebagai satu isu, maka apa perlunya dialog, (dan) kami perlu mempamerkan kekuatan kita,” katanya.
Beliau memberi amaran kepada perjuangan Hizbul Mujahideen tidak akan kekal terhad kepada Kashmir tetapi mengambil seluruh rantau itu.
Salahuddin dan golongannya menjadi faktor penting dalam pemberontakan Jamu dan Kashmir yang merekrut ahli-ahlinya dari kalangan belia di lembah tersebut.
Menurutnga, pergerakan pemisah adalah perjuangan asal untuk diri dan keazaman.
Beliau menolak proses pilihan raya di Kashmir yang disifatkanya sebagai cuci mata sahaja dan mendakwa seluruh rantau tersebut berdiri bersama saf kepimpinan pemisah.
“Sebab utama yang memaksa saya untuk mengambil senjata adalah harapan palsu, dan penipuan yang ditanam pilihan raya di Jammu dan Kashmir,” kata Salahuddin yang juga dikenali sebagai Mohammad Yusuf Shah Budgam.
Beliau pernah bertanding pada pilihan raya tahun 1987 sebagai 9 Barisan Bersatu Muslim, dan menjadi calon pilihan untuk menang.
Namu beliau menhilangkan diri dalam keadaan yang mencetuskan dakwaan berlaku penipuan undi dan penyelewengan pilihan raya.




























