Fitnah Melanda Apabila Islam Tidak Ditegakkan Di akhir Zaman

2491

Dalam hadis yang lain hadis yang panjang menyebut tanda tanda akhir zaman, yang bermaksud nabi berkata, akan berlaku di akhir zaman umat yang lain orang-orang kafir akan mengelilingi kamu orang Islam, seperti orang orang yang mengelilingi hidangan lauk yang sedap.

Mereka mencubit, mereka merantah orang Islam. Mungkin zaman kita ini, orang Islam dibunuh diperlakukan oleh orang orang kafir, macam orang yang duduk di hidangan yang lazat, cubit situ, telan sini.

Lalu, sahabat bertanya wahai Rasulullah, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit? Jawab Rasulullah, tidak. Ramai, tetapi macam buih sampah sarap yang dihanyut oleh air banjir. Tidak kukuh pegangan itu, ini akan berlaku di akhir zaman.

Allah Ta’ala hilangkan rasa gerun di hati musuh musuh kamu, Allah campakkan di hati orang yang beriman itu penyakit ‘waham’ terlalu sayang pada dunia, benci kepada mati.

Kejar dunia, nak duit. Berjuta-juta, berbillion-billion. Dari atas sampai bawah dari pemimpin sampai rakyat, perangai kejar kepada dunia bukan untuk melaksanakan perintah Allah Taala syukur nikmat. Tapi gila dengan kemewahan dunia, tak peduli betul ke salah ke menipu ke, tak peduli. Tak peduli ke Islam. Ini penyakit akan menimpa orang islam di akhir zaman kemudian benci, takut kepada mati kerana tak mengerjakan amal.

Harta banyak, kekayaan melimpah ruah tetapi penuh dengan maksiat dan dosa, dikelilingi oleh dosa dan maksiat. Dikelilingi oleh riba, dikelilingi oleh hutang. Nak duit banyak, berhutang. Pinjam lagi, riba. Riba dosa besar dikelilingi. Sehingga kena debu debu riba ke tiap tiap orang apabila islam tidak ditegakkan.

Tak peduli pada Islam, kejar pada dunia sahaja. Sama ada mereka yang belajar, mereka yang berniaga, mereka yang bercucuk tanam, mereka yang ke laut. Semua sekali. Yang belajar, daripada belajar berhutang dengan riba. Selepas belajar, berhutang lagi dengan riba. Yang berniaga buat penjaman pula dengan riba, nak bayar pinjaman pulak bertambah dengan riba. Yang berkebun, yang ke laut buat pinjaman dengan riba kerana mengejar kebendaan tidak peduli kepada batas atas Allah Taala. Kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah Taala.

Ini zaman fitnah, zaman bencana yang melanda umat manusia di akhir zaman. Kita kena sedar ada ke tidak benda seperti ini di keliling kita. Walaubagaimanapun, dia tetap berpegang, kita tengok keadaan bercelaru ini orang yang berpegang teguh dengan agama, akan berkata lebih baik mati. Nabi ajar dia berpegang teguh dengan hadis nabi, yang bermaksud: janganlah seseorang itu bercita-cita untuk mati kerana satu kemudaratan yang menimpa. Jika sekiranya dia merasakan perlu buat begitu, seperti fitnah dalam perkara agama maka hendaklah dia berkata, ‘ ya Allah ya tuhanku, hidupkanlah aku jika sekiranya hidup itu lebih baik kepada aku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik kepadaku.’

Doa begitu bila menghadapi zaman fitnah. Walaubagaimanapun, mereka yang duduk berjemaah berjuang menegakkan islam dalam keadaan umatnya yang sedang rosak, pahalanya angat besar disisi Allah SWT. Barang siapa yang berpegang dengan ajaranku pada umat aku rosak seperti dia berpegang dengan bara api, sakit. Diberi kepadanya 100 kelebihan syahid. Ini kelebihan mereka yang berpegang dengan Islam.

Di samping itu, hendaklah kita yakin betapa benarnya Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat RA ertinya YA Rasulullah, sahabat tanya manakah manusia yang paling baik? Sabda rasulullah SAW, sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dia bertanya lagi, manakah manusia yang jahat? Sabda Rasulullah, ialah sesiapa yang panjang umurnya dan jahat amalanya. Walauagaimana pun memperingati mati itu ada kelebihan dan ganjaran yang besar di sisi Allah, ia dapat mendidik seseorang itu agar sentiasa berhati hati dalam menjalankan urusan dunia. Macam mana pun, kena ingat kepada mati. Mendidik diri kita untuk cermat mendirikan amalan soleh.

***Kuliah hadis Presiden PAS Jumaat 30 Zulkaedah 1437H

https://youtu.be/6kHJMnwiPTc