Terengganu, Malaysia

Atap Pasar Chabang Tiga Pula Bocor!

pasar chabang bocor2

KUALA TERENGGANU – Belum pun kabur dakwat cetakan akhbar media perdana yang memuja-muji Pasar Baharu Chabang Tiga dalam laporannya, gedung dibina atas longkang itu kini menghadapi masalah baru.

Pusat bekalan makanan warga kota Kuala Terengganu bernilai RM15 juta itu bocor atapnya walaupun hanya baru dua tahun disiapkan.

pasar chabang bocor3Yang Dipertua PAS Kuala Terangganu Ustaz,Wan Sukairi Wan Abdullah kesal, kerana sekali lagi pasar itu ‘dirundung malang’.

“Saya merasa begitu kesal dengan insiden kebocoran atap di Pasar Chabang Tiga sehingga mengganggu peniaga.

“Sebagai sebuah pasar yang masih lagi baru di bina, tidak sepatutnya kejadian seumpama itu berlaku.

“Sudah banyak kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di pasar ini tapi masih (terus) berlaku…….. umpamanya kejadian kenderaan yang terbabas sehingga masuk dalam parit yang tidak berpagar,”ujarnya.

Katannya, sehingga kini, pagar itu belum dibina walaupun sudah dua buah kenderaan ‘terperosok’ ke dalam longkang itu.

pasar chabang bocor1Aduan dan teguran pelbagai pihak tentang masalah keselamatan persekitaran pasar itu tidak dkendahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pada awal pembukaan pasar itu, masalah tempat letak kereta dan akses keluar masuk menyukarkan para pengguna.

Kebocoran atap itu kini pula, meresahkan para peniaga.

“isu atap pasar yang bocor sehingga mengganggu keselesaan peniaga untuk menjual…….saya mengharapkan agar pihak berwajib segera membaiki atap yang bocor itu dan memeriksa mana mana bahagian yang perlu diperbaiki dan dikawal selia.

“Tidak lama lagi musim tengkujuh akan datang, saya mengharapkan agar pihak berkenaan bersiap sedia dari sekarang supaya insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu tidak berulang lagi,”tegasnya.

Subungan itu, Pemuda PAS DUN Bandar Khairuddin Mohamad menempelak pemimpin kerajaan Umno kerana tidak mengambil tindakan walaupun sudah mengetahui tentang perkara itu.

pasar chabang bocor5“Hari ini ini hujan lebat sejak awal pagi……….peniaga kesusahan…….merungut resah, keadaan juga mengganggu keselesaan para pengunjung pasar dan turut menjejaskan urusan perniagaan para peniaga.

“Menurut mereka YAB Encik Razif selaku Menteri Besar sudah beberapa kali turun untuk melihat sendiri keadaan pasar dan mendengar rungutan berkenaan dengan kebocoran ini serta beberapa permasalahan lagi.

“Selain MB, Datuk Mohd Jidin Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah mengetahui permasalahan ini. Tapi mengapa tiada tindakan diambil?”soal Khairuddin ketika ditemui.

Katanya, adakah kerajaan Umno ‘terlalu miskin’kini, sehingga tidak mampu memperbaikinya kerana beliau dimaklumkan, tidak ada peruntukan bagi menggantikan atap yang bocor itu.

https://youtu.be/tU7wtqiSrbA

Berita Berkait;

Ke Kerajaan Nak Tunggu Orang Mati Baru Pasang Penghadang Longkang?
Pasar Baharu Chabang Tiga ‘Habitat’ Biawak Liar

https://youtu.be/s0G8Jtrv4uU

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan