Oleh : Nooreni Abu Bakar
KEMAMAN – Suasana politik hari ini yang ‘menggelegak’ dengan pelbagai isu melanda, maksiat yang berleluasa dan kadar jenayah yang meningkat serta desakan hidup, menjadikan masyarakat hilang perhitungan.


Katanya, rakyat mesti merubah minda bagi menukar kerajaan hari ini yang telah menjerumuskan mereka ke dalam kancah kebejatan.
“Kita adalah merupakan da’ie yang akan turun ke medan untuk menyampaikan risalah Allah, untuk menyampaikan mesej parti, jamaah kita, sebab tugas ini bukan tugas ketua muslimat cawangan,
“bukan (hanya) tugas ketua penerangan muslimat cawangan sahaja tetapi tugas menyampaikan dakwah ini adalah tugas untuk kita semua memandangkan kita sekarang di dalam situasi politik kita menggelegak,”tegasnya.
Katanya, kehidupan rakyat sedang menderita dengan situasi ekonomi yang sangat mencengkam.


“jadi muslimat semua!……….di manakah peranan kita? adakah cukup dengan kita melihat, tengok sahaja? adakah cukup kita duduk di dalam surau berusrah? baca al-Qur’an dan bertadarus sahaja?
“adakah cukup dengan kita tengok, dengan maksiatnya bermaharajalela, dengan jenayahnya bermaharajalela,”soal beliau.
Puan Maznah berkata demikian di hadapan peserta Himpunan Warga Penerangan Zon Dua, Kemaman dan Dungun, pada sabtu 27 Ogos, di Surau Putih, Kampung Meraga Beris, Kijal, di sini.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Setiu menambah, “ Kita perlu ke kampumg-kampung untuk menerangkan kepada mereka bahawa kita menjadi mangsa apa yang berlaku sekarang, apa yang telah dilakukan kerajaan.”


Program tersebut adalah merupakan ‘Siri Jelajah Siti Khadijah’, sebelum ini telah diadakan di Besut dan Setiu.
Tampil bersama ialah Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan dan Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.
Para peserta yang hadir turut menzahirkan protes terhadap isu-isu yang dihadapi rakyat menerusi ‘flashmob’ dan diakhiri dengan bermunajat kepada Allah.





























