Khairunnisa’ Mahu Rakyat Bijak Memilih

1808

Oleh : Che Ana

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Khairunnisa’) Tuan Roslina Tuan Sulaiman mengajak rakyat Terengganu membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 akan datang.

Menurutnya, hanya kerajaan yang baharu nanti dapat menstabilkan politik dan pentadbiran negeri dan negara yang tidak tenteram masa kini.

Tuan Roslina“pilihlah yang terbaik………..bukan disebabkan oleh (mahu) pertukaran Menteri Besar tetapi memperbaiki situasi politik sekarang,

“Barisan Nasional sebagai pemerintah berada dalam kacau bilau yang disebabkan oleh kerana perbalahan dalaman,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mukhayyam Mahabbah Tarbawi diantara ahli-ahli Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Negeri Kelantan (PURNAMA) dan Khairunnisa’ Jumaat lalu.

Beliau juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada PURNAMA kerana sudi memilih Terengganu sebagai destinasi ziarah.

Tuan Roslina turut memberi peringatan kepada peserta agar memelihara amanah yang telah diberikan kepada suami masing-masing.

“Kita perlu menyedari bahawa kita dipilih oleh Allah SWT dan suami kita diamanahkan memegang panji Islam untuk (memenuhi) kemenangan Islam dan bersumpah dengan bai’ah,

mukhaiyyam tarbawi purnama1“Marilah kita menjaga kedudukan yang diberi dengan cara yang diredhai Allah. Mudah – mudahan segala gerak geri dan keringat kita kepada rakyat yang kita berikan khususnya di kawasan kita tidak terpesong dari hidayah (Allah), kita mohon kekuatan dari Allah untuk membantu suami kita semua,”katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha PURNAMA Datin Hajjah Nor Ashikin Ahmad berkata antara pengisian program kali ini adalah untuk memantapkan lagi kerohanian dan akidah isteri pimpinan.

“melalui slot slot yang telah diatur……… meningkatkan jalinan ukhuwwah di antara PURNAMA dan KHAIRUNNISA’ antaranya majlis ilmu dan kuliyah dhuha di Masjid Rusila,”jelasnya

Beliau berkata, PURNAMA turut membuat kunjungan hormat menziarahi Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.