Perang saudara hampir pasti

792

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/02/pemberontaklibya.jpgPerang saudara diantara rakyat Libya yang memberontak dan anti-Gadhafi dengan pasukan tentera yang masih setia dengan diktator itu telah hampir pasti sekiranya diktator itu enggan berundur dan meneruskan serangan.

Di Zawiya, kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Tripoli, beratus-ratus orang pasukan bersenjata anti-kerajaan sudah bersiap sedia.

Mereka mengawal  bandar tersebut yang terdekat dengan Tripoli sedang bersiapsiaga untuk menghadapi serangan yang akan dilancarkan oleh pasukan yang setia kepada Muammar Gadhafi.

Para pemberontak tersebut mempunyai pasukan kereta kebal dan senjata anti-pesawat dipasang pada lori.

Sebelum ini, Gadhafi telah melancarkan tindakan keras berdarah dalam gelombang pemberontakan anti-rejim yang melanda dunia Arab.

Berikutan tindakan yang mengorbankan 1000 orang rakyat Libya, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan sebulat suara sekatan terhadap Libya dan Presiden Barack Obama mengatakan sudah waktunya untuk Gadhafi untuk berundur

Zawiya, bandar yang menjadi pintu masuk ke kawasan industri minyak, merupakan pusat penduduk terhampir ke ibu negara Tripoli, telah jatuh ke tangan pembangkang.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/02/pemberontaklibya1.jpgBalai Polis dan pejabat-pejabat kerajaan telah dibakar dan tulisan ‘grafiti’ anti-Gadhafi kelihatan di mana-mana. Di dinding-diinding bangunan banyak kesan yang ditembusi oleh peluru.

“Undur Gadhafi,” teriak ratusan penentang di pusat bandar. Rangka kereta hangus bertaburan dan jalan-jalan disekat oleh batang pohon kelapa sawit atau besi dan logam. “Bebaskan, bebaskan Libya,” teriak anggota pasukan anti-kerajaan di pusat bandar.

“Undur Gadhafi, pembunuhan beramai-ramai,” antara grafiti bertulis di bandar. Sebuah patung Gadhafi digantung di tiang lampu di jalan utama bandar.

Pemberontak dari pasukan bandar bergabung dengan tentera yang membelot dari rejim Gadhafi untuk bergabung dan mereka mengawal sebahagian besar bandar. Pada 24 Februari, sebuah unit tentera yang setia kepada Gadhafi menembak sebuah masjid menyebabkan kematian 10 penduduk

Dalam keadaan begitu. anak Gadhafi’s, Seif al-Islam, mendakwa negaranya aman dan menafikan serangan menggunakan jet pejuang keatas orang awam sebagaimana didakwa.

Tentera yang masih setia dengan Gadhafi mengelilingi Tripoli juga dengan kereta kebal dan senjata anti pesawat