Sokongan Masyarakat Jadikan PASTI Mampu Bersaing Dan Relevan

1184

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan pada awal tahun 80-an mampu terus bersaing sehingga kini, kerana sambutan dan sokongan baik daripada masyarakat.

IMG-20160813-WA0052Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, institusi khidmat pendidikan pra-sekolah yang ditubuhkan oleh PAS itu terus menjadi pilihan dan relevan.

“Kami rasa sangat gembira sekarang ini, sambutan ibubapa yang merupakan nukleus kepada hidupnya PASTI , sambutan ibubapa, mencurah-curah , sambutan dari sudut derma, masa, dari sudut idea,

“sumbangan-sumbangan itu diadunkan supaya PASTI terus relevan dan terus bersaing di arus perdana,”ujarnya.

Beliau menzahirkan kegembiraannya itu ketika berucap pada Majlis Penutup Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Tahun 2016 yang berlangsung di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Paka di sini Sabtu, 13 Ogos.

IMG-20160813-WA0051Beliau tidak lupa kepada tenaga kerja yang ‘bertungkus lumus’ di belakang setiap PASTI, menghargai dan menyangjungi pengorbanan para guru dan ‘Jamaah Tadbir’nya.

“Dewan Pemuda dengan ucapan yang sangat tidak terhingga diatas jalinan ukhuwah, kerjasama, ‘team work’, yang dilakukah oleh Jamaah PASTI yang setakat ini cemerlang,

“sehingga kerajaan pun memikirkan (bagaimana) kelangsungan PASTI ini boleh terus-menerus, elemen apakah? kekuatan apakah? yang ada (kepada PASTI) tapi yang mereka bertemu (jawapannya),

“yang menyokong , yang mendokong cita-cita PASTI ialah mereka yang benar-benar ikhlas kepada Allah,”jelasnya.

Beliau berharap, semangat dan keyakinan itu akan terus ‘membara’ dan memberi kekuatan kepada PAS, jamaah Islam merupakan satu-satunya tempat berpaut di akhir zaman ini.

IMG-20160813-WA0050Alam Ria PASTI Negeri Terengganu 2016 adalah merupakan acara kemuncak sambutan yang telah disempurnakan oleh PASTI di peringkat kawasan-kawasan di seluruh negeri.

Ia bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti para pelajar dengan pertandingan lapan acara iaitu Hafazan, Bercerita, Deklamasi Sajak, Khutbah, Azan, Pidato, Kalam Jama’ie dan Nasyid.

PASTI Kawasan Dungun telah dinobatkan johan keseluruhan pada majlis yang diadakan selama dua hari ini bermula pada petang Jumaat 12 Ogos lalu.