Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu Meninggal Dunia

1818

Oleh : Naraza Muda

DUNGUN – Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan bekas ADUN Adun Ulu Dungun (1964-1969)uan Haji Abdul Wahab Yunus telah kembali keramatullah petang tadi, Ahad 14 Ogos 2016, kira-kira jam 6.30 petang.

Allahyarham Abdul Wahab Yunus merupakan bekas Adun Ulu Dungun (1964-1969) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.

Kemudian menjadi Ahli Parlimen Dungun (1969-1978) setelah menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969.

Ketika PAS dijemput masuk menyertai Barisan Nasional pada era Tun Abdul Razak, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan pada 14 April 1977- hingga 7 November 1977.

Pada tahun 1979 hingga 1982, beliau bertugassebagai Pengurus Lapang Kupar Development Co. Sdn Bhd di Bandar Aal-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Pengerusi Getex (M) Sdn Bhd, Dungun dari 1982 sehingga kini.

Beliau yang menyertai PAS pada 9 Ogos 1956. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Dungun (1957-1960), Ketua DPP Dungun (1960-1961), Setiausaha PAS Kawasan Dungun (1960-1975), Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun (1979-1983), Ketua DPP Negeri Terengganu (1965-1969), Bendahari, Setiausaha dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu (1968-1975), Pesuruhjaya PAS Terengganu (1975-1982), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1973-1975), Bendahari Agung PAS (1977-1979) dan AJK PAS Pusat (1979-1983).