Perjuangan PAS, Perjuangan Sejagat

1490

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Perjuangan PAS adalah perjuangan sejagat yang merentasi sempadan tanpa batas bangsa, bersama keluarga besar jamaah di dunia yang beriman dan beramal saleh.

hari keluarga Dungun4Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, tanggungjawab menegakkan agama Allah adalah wajib kepada kepada umat Islam di mana jua mereka berada.

“Jamaah dengan makna apabila kita merentasi sempadan, kita akan bertemu dengan orang-orang Islam yang berjuang dan berjihad di negara masing-masing dan kita merasakan itu walaupun ikatan itu bersama dalam satu konteks jemaah kita yang berada di Malaysia ini,

“tetapi oleh kerana kita merupakan keluarga besar, maka kita laksanakan tugas dan tanggungjawab, iaitu kita wajib untuk berjuang untuk menegak agama Allah,”jelasnya.

Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun itu berkata demikan ketika merasmikan penutup Hari Keluarga PAS Kawasan yang diadakan di Telok Gadung, di sini, pada Sabtu 13 Ogos.

“Sebab itu dalam kita mengurus parti ini, mesti ada dua perkara, pertama mesti sabar, kerana ini lah kejayaan Rasulullah dalam mendidik perjuangan di zamannya, bermula kejayaan yang sedikit di Mekah,

hari keluarga Dungun“yang sempit kemudian dibantu dengan golongan Ansar dengan kesempurnaan agama ini, maka Allah memberi satu kekuatan dan Rasulullah meninggalkan contoh perjuangan perjuangan kepada kita semua,”tambah beliau.

Oleh itu menurutnya, pengorbanan para sahabat Rasul dalam menyebarkan Islam sehingga sampai kepada kita hari ini, mestilah dihayati.

Katanya, pengorbanan adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan PAS dalam menyampaikan mesej dakwah di tanah air ini.

“semua petugas PAS di semua peringkat di Dungun supaya banyak bersabar dan berkorban di dalam mengurus parti kerana sekarang kita berada di zaman musibah,

hari keluarga Dungun2“maka wajib bersabar dan wajib memberikan pengorbanan semaksima mungkin untuk kepentingan perjuangan dan kejayaan parti,”tegasnya.

‘Hari Keluarga’ yang merupakan acara tahunan dalam takwim PAS Kawasan Dungun itu diserikan berbagai acara-acara rekreasi dan santai yang menarik seperti permainan congkak dan ‘wood ball’ untuk muslimat.

Pihak muslimin pula menunjukan kemahiran membidik sasaran menggunakan lastik dan serta banyak lagi acara-acara kanak-kanak bagi 25 keluarga yang hadir.